Aku nak share dengan korang nie
Resepi Sotong Goreng Tepung
yang rasanya Rangup-rangup dan sedap
resepi aku semestinya mudah dan senang korang nak follow
Sotong Celup Tepung
Oleh: #airtanganpb
Bahan bahan:
Sotong
Telur
Tepung gandum
TepungBeras
Serbuk Kari (daging)/garam/sedikit kunyit
Cara-caranya :
1. Basuh Sotong Bersih, Potong kecil-kecil dan toskan air basuhan
2. Celupkan ke dalam Telur
3. Gaulkan ke dalam Tepung ( Campurkan tepung gandum/tepung beras/serbuk kari/kunyit/garam ) *peringatan! jgn bancuh tepung dengan air tau!xsedap nanti haha jadi cokodokkk pula nanti.
4. Goreng di dalam minyak yang agak banyak dan betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Jangan digoreng terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong menjadi liat dan keras.