Logo KBBA

BERCUTI DI THE GURNEY RESORT HOTEL & RESIDENCES PENANG

March 02, 2018

Foto Farah Wahida.

Ambik mood nak siapkan entry kali ini...phew..pheww after 1 week baru ada kesempatan nak menaip entry percutian kami sekeluarga ke Penang semasa Chinese New Year Hari itu ( CNY2018 ). Kenapa pilih Tahun baru cina baru nak bercuti santai-santai sekeluarga? BTW time CNY baru Mr. Husband aku dapat cuti panjang sikit hihi. Event aku ke sana 2 Hari 1 malam Sahaja hehehe. nak juga ambik kesempatan masa cuti CNY itu. orang kata Family Time gitew!

Kalau ikutkan setiap tahun time CNY kami sekeluarga memang selalu juga jenjalan ke Penang nie. Kali ini pilih Penang lagi tak jemu tau hahaha. Cuma untuk kali ini memang anak-anak aku dah Request nak mandi Kolam. sebab itu aku pilih The gurney Resort Hotel & Residences, Penang. sebelum-sebelum ini aku duduk homestay dekat Balik Pulau jer..

Sebelum booking hotel aku dengan Mr.husband memang dah search website  hotel-hotel yang ada swiming pool dan cari harga yang terbaik nak dapatkan harga yang tak bocor poket hahaha.alaa malas pula nak cerita panjang-panjang...pendek kata 2 hari 1 malam di the gurney resort hotel & residences, penang nie memang best lah hihi...

Jom aku kongsi sedikit gambar ak masa dekat check in bilik dekat sana. Part yang bestnya selain ada swimming pool dekat tingkat 7, dekat dalam bilik pun ada jakuzi...perghhh anak-anak aku sambung berendam pula kat dalam bilik air hahaha. Diaorang memang suka main air..hihi

 KATIL KING

RUANG MAKAN
RUANG MENONTON

RUANG BERISTIREHAT

JAKUZI

BILIK MANDI
BILIK AIR & SET MANDIAN

TOILET



 TUAN TANAH NAK SELFIE SEKALI 

Cantik dan luas kan bilik aku. Okay harga asal untuk 1 malam dekat sini RM3++...TAPI alhamdulilah booking awal , aku ada dapat gov rate jadi harga bilik cuma rm236 semalam termasuk breakfast untuk 2 orang...pheww pheww melompat lah aku...Murah dan berbaloi la bagi aku menginap di hotel ini. 

Aku memang berpuas hati la..memilih untuk check in ekat hotel ini.Anak-anak aku happy jer...dapat  
bilik yang luas, bersih dan pool dia memang menarik, walaupun pool dekat tingkat 7 korang still dapat melihat view laut sebab hotel ini terletak di jalan persiaran gurney sahaja.tepi laut la tu..angin pun kuat....hihi. kitaorang repeat mandi kolam 2 kali haha

PEMANDANGAN DARI BILIK KAMI

OHH YAA..btw lupa nak bagitahu aku duduk di tingkat 15. Jadi bilik aku bahagian atas menghadap ke swimming pool dekat bawah jer..kaliff asyik2 buka tirai je tengok kolam mandi hehe.

Ok.next entry nanti aku share pic dekat swimming pool pula..jap lagi gambar banyak2 korang bosan pula...hahha ^_*


Thanks reading here ^_^

You Might Also Like

7 pesanan ditinggalkan

  1. Tempat mcm ni ssuai bawa anak2..lagi2 ada swimming pool.

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/tips-mudah-bersihkan-rambut-di-lantai.html

    ReplyDelete
  2. Wow.. tak pernah tinggal hotel tu. Pernah 2 kali pi makan majlis perkahwinan ja. Maklum la org Penang ^^"

    ReplyDelete
  3. menarik.. boleh buat tmpat mini honeymoon buat permulaan sblum cukup duit nk honeymoon betol2.. heheh.. eh..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^