Logo KBBA

SINOPSIS DRAMA SLOT AKASIA TIADA ARAH JODOH KITA

February 21, 2018

Tiada Arah Jodoh Kita




Drama adapatasi novel Tiada Arah Jodoh Kita karya Ezza Mysara yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dibawah terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd. Menampilkan lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson. Bakal menemui penonton bermula 13 Februari 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : TIADA ARAH JODOH KITA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Februari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Ezza Mysara
SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Hafeez Mikail, Erwin Dawson, Mustaqim Bahadon, Azar Azmi, Livonia Ricky, Dian P.Ramlee, Aleza Shadan, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Nada Nur Syuhada, Airis Yasmin, Rania, Alis Mariya

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Megat Aathif
Aprena Manrose sebagai Afia Awliya
Hafeez Mikail sebagai Megat Wakeel
Erwin Dawson sebagai Fayyad Syakir
Livonia Ricky sebagai Nur
Mustaqim Bahadon sebagai Hazim
Azar Azmi sebagai Ain
Dian P.Ramlee sebagai Hajah Hamidah
Aleza Shadan sebagai Puan Maznah
Airis Yasmin sebagai Wardah
Farisha Irwayu sebagai Hajah Mariani
Azhar Amir sebagai Tuan Amiruddin
Elfaezah Ul Haq sebagai Aisyah
Alis Mariya sebagai Saidatul
Azzam Zamani sebagai Afwan
Halimah Naim sebagai Mak Siti
Rafe Sumanteri sebagai Dato Zainal
Rania Humairah sebagai Alisha
Puteri Adrianna sebagai Wanie

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Rahsia Tuhan 
Penyanyi : Ippo Hafiz


SINOPSIS TIADA ARAH JODOH KITA

Kisah ketabahan Afia Awliya yang menanti kepulangan orang tersayang, Fayyad Syakir yang belajar di luar negara. Sebaliknya, Fayyad yang pulang menyuruhnya mengahwini rakan baiknya iaitu Megat Wakeel yang menunggu detik akhir hayat. Afia pada mulanya menolak. Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel, Megat Aathif yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif yang sudah lama menaruh hati mula mengorak langkah. 

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?

sumber : sini 

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^