Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
February 22, 2018
KUALA LUMPUR, 12 FEB 2018 -
Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang
semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia
Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan
sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat
Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15
Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan
berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk
membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina.
“Aktiviti
membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina
tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian
dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang
menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara
dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan
inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan
platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif
Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat
Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan
menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah
Urusan Serantau Shopee.
Carian paling
popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut:
Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut
Wanita dan Beg Wanita.
No
|
Kategori
|
Carian
Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
|
1
|
Pakaian Wanita
|
Blaus,
Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
|
2
|
Mobil & Gajet
|
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
|
3
|
Permainan,
Kanak-kanak
& Bayi
|
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak
Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
|
4
|
Kasut Wanita
|
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges,
Sandal
|
5
|
Beg Wanita
|
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas
|
Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat
Malaysia sepanjang musim perayaan ini:
No
|
Kategori
|
Produk
Paling Popular Terjual
|
1
|
Kasut Wanita
|
Kasut Terbuka
|
2
|
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
|
Set Pakaian Bayi
|
3
|
Perhiasan Rumah
|
Set Hadiah Tupperware
|
4
|
Kesihatan & Kecantikan
|
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
|
5
|
Runcit & Haiwan Peliharaan
|
KitKat Edisi Khas
|
Nikmati potongan harga dan promosi hebat atas
pelbagai produk sempena Kempen Wang
Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih
daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee
Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim
perayaan ini. Tambahan lagi, pengguna boleh terus bermain permainan Fortune Ang
Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah
RM8,888.
Seterusnya, Shopee
akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan
membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah
Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS,
Dell dan Lenovo.
Muat turun aplikasi
Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
6 pesanan ditinggalkan
makin bes pulak shopping dgn shopee
ReplyDeleteShopee tawarkan pelbagai barangan menarik sebab tu banyak cariaannya kan... Lagi satu itulah bukti keyakinan masyarakat. Tak sabar nak shopping lagi...
ReplyDeleteterbaek. :)
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. A SFRNFZL Giveaway
2. Yaeyyyy.. Menang GA Pokcikblogger
seronoknya ada promosi banyak2 nih kan hehe
ReplyDeleteBiasanya kalau nak beli online memang serbu Shopee ^^
ReplyDeletesinggah sini//anyway, done follow ur blog
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^