LAZADA ONLINE REVOLUTION: JOM SHOPPING LAZADA
November 11, 2017hai...
SHOPPING ONLINE ? WOW bestnya dah lama tak shopping nie hahaha. Korang tau tak bermula hari ini 11.11.2017 sehingga 12.12.2017 lazada sedang mengadakan sale sempena ONLINE REVOLUTION...perghhh jom dapatkan harga-harga yang menarik di website lazada tapi sebelum itu aku nak share kisah aku dan lazada dan kenapa lazada menjadi pilihan no 1 aku bila online shopping..
PENGALAMAN PERTAMA SHOOPING DI LAZADA
Alang-alang dah story pasal lazada nie .meh aku nak kongsikan dengan korang barang pertama yang aku beli iaitu MESIN JAHIT MINI PORTABLE seingat aku lah inilah yang pertama kot kalau tak silap aku sebab dah banyak sangat barang yang aku shopping di website lazada.
mesin jahit mini portable |
KENAPA AKU PILIH MESIN JAHIT iNI l Pertamanya mesin jahit mini portable memiliki bentuk dan cara pengoperasian yang lebih kurang sama dengan mesin biasa, namun ukurannya lebih mini dan lebih ringan. Cara kerja dan hasil jahitannya pun juga sama persis mesin jahit standard karana hanya menggunakan satu spool benang dan satu sekoci . Kelebihan Mesin Jahit Mini ini adalah Harga yang ditawarkan murah dan Bentuknya kecil serta ringan, mudah untuk dibawa kemana saja. kalau nak beli macam aku punya nie korang boleh klik sini
Alhamdulillah...percaya tak dengan mesin jahit mini ni aku berjaya membuat langsir dekat rumah aku nie haa..satu lagi nanti aku kongsi Baju Bendera anak aku nie pun aku jahit dengan mesin nie hehe sangat berguna tau.
baju bendera inilah aku jahit guna mesin jahit mini portable hehehe |
PRODUK PILIHAN SEMASA SHOPPING ONLINE
Kebiasaannya aku akan shopping barang yang aku perlu dan suka sahaja. selain faktor harga, aku memang suka beli ketika sale sedang berlangsung kerana waktu nie lah kebanyakan barang yang kita nak & perlu di tawarkan pada harga yang jauh lebih murah. rugi lah kalau tak grab awal-awal kan. satu lagi pilihan aku ketika shopping online adalah membeli barangan yang berjenama (tak bermana yang mahal-mahal sahaja). , maksud aku barangan yang berkualiti atau brand yang biasa aku dengar dan guna. contohnya kalau beli barangan kecantikan aku suka Maybelline, safi, in 2 it dan lain-lain. kalau barangan elektrik aku suka panasonic, khind, sharp & Toshiba
so, sempena online revolutian korang jangan lepaskan peluang untuk shopping dari 11.11.2017 - 12.12.2017
SEBAB MEMILIH UNTUK SHOPPING ONLINE
Bagi aku di zaman yang serba canggih ini semuanya hanya di hujung jari sahaja. jadi aku gunakan peluang yang ada mencari barangan keperluan yang mana aku manpu membuat bandingan harga terlebih dahulu. selain menjimatkan masa dan servis penghantaran yang pada pendapat aku agak cepat juga. korang cuma perlu pilih barang yang korang suka, buat bayaran dan akhir sekali tunggu barang tersebut sampai.mudah kan? kalau guna app di handfone lagi cepat. sebab itu aku suka shopping online ^_^
PRODUK PILIHAN SEMASA ONLINE REVOLUTION
haa..ini aku suka..dah tiga empat lima kali aku belek dah mula nak masukkan dalam wishlist aku. Barang yang aku perlu beli sempena online revolution ini pastilah harganya woww...murah! wehh. nak tahu tak apa?taraaaa.... KAMERA
teringin wehh nak beli kamera yang mampu menghasilkan gambar yang cantik. sesuai la dengan aku yang suka update blog yeahh...harap-harap dapat la beli nanti. kalau tengok harga tu boleh telan air liur tapi dengan online revolution ada potongan harga sehingga 25 % wajib grab nie.harga super jimat! Doakan aku cepat-cepat dapat beli kamera nie sebelum online revolution tamat.
OK. jangan lupa shopping di LAZADA tau !
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PPSSS...Untuk blogger yang berminat untuk join Lazada Online Revolution Blogger Contest boleh rujuk di bawah :
4 pesanan ditinggalkan
Gud luck !
ReplyDeleteBanyak nak shopping ni. Good Luck!
ReplyDeleteGudluck awak..singgah sini
ReplyDeleteSalam singgah dan follow sini :)
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^