KEMASKINI BRIM 2018 MULAI 27 NOVEMBER 2017- 31 DISEMBER 2017
November 27, 2017INFO : kemaskini BRIM 2018 telah bermula!
Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.
UNTUK MENGEMASKINI : KLIK SINI
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
- Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
- Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
Kemukakan Salinan:
- MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
- Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
- Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
- Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.
Permohonan Secara Manual/ Pengisian Borang
Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di mana-mana Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM. Pemohon juga boleh memuat turun borang permohanan di portal rasmi BRIM
JADUAL PEMBAYARAN BRIM 2018
JADUAL PEMBAYARAN BRIM 2018
Nota : sila kemaskini permohonan anda sebelum 31 Disember 2017 ^_^
1 pesanan ditinggalkan
Nak kemaskini BR1M laa. Dah terlupa kena update
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^