BERSANTAI DI GUNUNG JERAI
November 09, 2017
kesinambungan dari entry SINI
ohh maafkan saya entry terperam
DAH LAMA NAK SHARE :)
so, untuk entry kali nie aku nak share gambar-gambar menarik semasa
dekat GUNUNG JERAI
Lepas je kami berkelah di titi hayun. lepas tu terus singgah sebentar di Pantai Murni
cantik juga Pantai Murni nie..
selepas di naiktaraf..
( maaf tak dapat nak kongsi gambar sebab time tu agak panas dan angin kuat, gambar pun tak cantik hahaha )
Seterusnya, Kami teruskan ke destinasi yang pastinya menarik
Gunung Jerai
Gunung Jerai merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter. Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan daerah-daerah berhampiran di negeri Kedah
yess1 i'm here GUNUNG JERAI |
nampak tak aku yang lebih excited kali ke dua ke puncak gunung jerai |
time to shoot gambar banyak-banyak hahaha |
korang! dalam toilet pun cantik, airnya sejuk giler |
dekat sini adalah tempat wajib bergambar tau ROYAL VILLA canttikkk |
anak-anak pun tak nak kasi can dekat mama tumpang bergambar sekali -_- |
gayat wehh! tinggi..nampak tak kat belakang tu bandaraya alor setar |
Lokasi gunung jerai nie masih lagi dalam daerah yan
jadi aku cadangkan kalau korang berniat untuk berkelah di Titi Hayun
boleh lah..korang masukkan sekali Gunung jerai ini sebagai destinasi yang wajib singgah
kalau ke KEDAH
APA YANG MENARIK DI GUNUNG JERAI?
Bagi aku Gunung jerai memang menarik, sesuai untuk lokasi beristirehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Di puncak gunung jerai terdapat sebuah resort iaitu The Regency Jerai Hill Resort. Lokasi resort ni memang di buka untuk orang awam masuk dan melawat serta beriadah di puncak gunung sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Kawasan resort nie memang cantik dengan tanaman pokok dan bunga-bunga yang di pelihara dengan baik, terdapat kolam renang dan juga padang permainan untuk kanak-kanak. Terdapat juga Kafe yang di buka di bahagian luar resort untuk orang awam menikmati keindahan Negeri Kedah sambil-sambil minum kopi secawan hehe..Ohh ya..time kami pergi nie dalam pukul 5 petang . so, tea time, jom mengopi hihi
MENYUSURI LALUAN NAIK KE GUNUNG JERAI
okay, aku kongsi sedikit pengalaman aku semasa naik ke gunung jerai menggunakan kenderaan sendiri. Actually, Jalannya agak sempit dan banyak selekoh-selekoh lipat,setiap kali ada selekoh lipat akan di letakkan cermin besar untuk memudahkan kita agar dapat melihat kenderaan yang naik atau turun. Ini adalah salah satu langkah-langkah keselamatan untuk kita berhati-hati ketika mendaki atau menuruni gunung itu.Ada juga terdapat papan tanda supaya membunyikan hon ketika mendaki atau menuruni,ini kerana membolehkan kita mengetahui sama ada kereta@van berada di setiap selekoh atau tidak.
kalau korang berminat untuk naik ke puncak gunung jerai boleh je menyewa van yang ada dekat kaki gunung jerai tu.just park jer kenderaan korang dekat bawah tu. macam aku pergi memang naik sendiri sebab dah ada experiance naik ke sana.en.hubby yang drive. boleh tahan seriyau la juga aku yang kat sebelah tu hahaha
kalau korang berminat untuk naik ke puncak gunung jerai boleh je menyewa van yang ada dekat kaki gunung jerai tu.just park jer kenderaan korang dekat bawah tu. macam aku pergi memang naik sendiri sebab dah ada experiance naik ke sana.en.hubby yang drive. boleh tahan seriyau la juga aku yang kat sebelah tu hahaha
-mr.husband - |
my small family with adam |
kasi peluang kaisara posing |
style kaisara |
ohh kaisara lagi lalalala |
okay setakat ini sahaja perkongsian dari aku, btw puncak gunung jerai memang cantik untuk jalan-jalan & beristirehat, sesuai juga untuk Photoshoot . boleh nampak awan berarak-arak sambil melanggar kita wehh hihi ^_^
*pssstt kena pula timing dengan drama Mat Rukun tayangan tv9 yang shooting dekat gunung jerai anak aku hari-hari ajak tengok, tak skip hehe
12 pesanan ditinggalkan
mahal tak bermalam kat atas tu,teringin nak pergi huhuuu
ReplyDeletetak de mahal sangat harga standard je..nak cuti2 rehatkan minda boleh la naik ke sana
DeleteTeringat ABC gunung jerai yang tinggi mcm gunung jerai
ReplyDeleteehh betul org kata sedap dekat bawah gunung jerai tu..lupa nak try hihi
Deleteboleh nampak awan berarak-arak sambil melanggar kita <--a- yng ni betul ke :o mcm best jee
ReplyDeleteerkk mula2 ingt asap jer..tp rasanya mmg awan la kot hehe
Deletehi, saya datang singgah sini.. syokknya p gunung jerai.. hehe
ReplyDeletebest bestt..
DeleteKemain anak Dara Tu posing haha.. salam kenal Dari mama
ReplyDeletegunung jerai memang best. byk benda juga kat puncak tu. dulu ingat lagi naik sana pernah by hiking & dengan kereta (parking kat bawah & naik kenderaan pacuan 4 roda sewa kt situ)
ReplyDeleteJemput singgah baca entri terbaru saya ini
wahhmst best kan hiking ramai2
DeleteSebut gunung jerai mesti teringat lagu yang ada gunung jerai tu..hihi.nak pergi memang jauh =__='
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^