Logo KBBA

MANDI MANDA DI NORFA CAMP HOUSE CHANGLUN KEDAH

October 02, 2017


Cerita weekend semalam
#Uplanned punya project
Dapat la bawa si kecik bermandi manda
Dekat je u'oulss tak jauh pun nun di changlun
Jalan menghala ke uum sintok...

Actually plan asal pagi tu
Nak ke pesta air kuala perlis
Sebab ada pertandingan kayuh perahu
Dekat kompleks lkim kuala perlis tu..
Tapi plan bertukar bila dekat sejam lebih tunggu 
prgram tak mula-mula hahaha (budak-budak kan cepat bosan)
Akhirnya ubah plan ajak ayah berkelah  ke norfa camp house
kebetulan memang dah bawa baju spare untuk anak-anak nie
cuma mak-mak je tak ada baju nak mandi huhuhu

mama excited tak bawa baju pun nak turun juga! hahaha 
kliff seronok giler walaupun duduk di tepi-tepi aje hehehe

kaliff with adam (adik aku)

mula-mula takut last-last sampai ke tengah juga kaisara & adam

haa..nie adik aku, makcik &  aku  ..
kaliff sibuk je nak peace juga ^_^
Untuk korang yang duduk dekat utara nie
Selain the carnivall sungai petani 
boleh la ke norfa camp house nie..
untuk aktiviti santai-santai di hujung minggu...

So far, bagi aku ok je tempat nie untuk aktiviti riadah 
yang penting bawa anak kecik baru best hehe
Tempatnya tak de la happening sangat..
tapi cukup la untuk mengembirakan anak-anak kecik
layan diaorang bermandi manda best jer huhuhu..
berendam sampai ke petang

muka budak-budak seronok dapat mandi kolam
Norfa Camp House nie mula tular di Facebook awal tahun ari tu
di buka untuk aktiviti sekolah, camping, familyday dan sebagainya
Masuk adalah percuma cuma caj bayaran 
sebanyak RM5 untuk sekali masuk kolam (mandi) 

aku nie pun First time sampai
baru berkesempatan nak ke sana 
jarak perjalanan lebih kurang 30 minit jer dari Arau Perlis
dekat jer kan..
tapi masa nak sampai sana sesat la juga sebab ikut WAZE 
dia bawa pusing-pusing kampung sebelah hahaha
last-last call owner tu minta petua jalan baru jumpa...
adoii lawak betul WAZE punya hal
pusing-pusing dekat situ juga tak sampai-sampai hahaha



untuk maklumat lanjut ,
aku sediakan alamat untuk korang

ALAMAT :

NORFA CAMP HOUSE
NO 10, KG. TOK KASSIM,
JALAN SINTOK
06010 CHANGLUN, KEDAH

NO.TELEFON : 013-4503038

FACEBOOK : SINI

**ohh ya kalau korang nak booking bilik untuk berehat-rehat atau bermalam pun ada sediakan.

k.bye.

selamat bermandi-manda di sana !

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. Amboi...seronoknya anak- anak mandi kolam..ini mau tak nak balik ni sebab dah seronok sangat

    ReplyDelete
  2. It seem the camp house has a big swimming pool. any other facilities like bbq equipment. As long is clean and comfortable, I alright with the stay.

    ReplyDelete
  3. Ada plan gak Sal nak berjalan ke utara bulan November ni..tq share atleast dapat pendedahan awal bln plan nak singgah ..

    ReplyDelete
  4. banyak sekarg tempat mandi..bestnya..dulu study sana p shopping mall je..kalau nak mandi manda, nun jauh

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^