Logo KBBA

HANTAR ANAK KE SEKOLAH SEAWAL 4 TAHUN

October 27, 2017

Foto Farah Wahida.


Hai semua..

Dah lama tak bincang kan isu anak-anak aku..yang semkain membesar dengan jayanya hehehe. Tahun nie merupakan tahu pertama kaliff bersekolah.bulan Disember nanti kaliff baru masuk 4 tahun.Anak hujung tahun gituu..hujung sangat tau! 30 disember 2013. tapi kalau nak ikut tahun mmg di kira 4 tahun la..

aku nak share pengalaman sahaja.

Aku dengan husband memang decided nak hantar anak-anak masuk sekolah seawal usia 4 tahun. sama je macam kaisara dulu..cuma beza sekolah. Rezeki kaliff dapat masuk Taska Permata. walaupun dapat duduk dekat taska tu setahun sahaja untuk tahun ini tapi aku memang suka la. ternyata pilihan aku menghantar dia bersekolah seawal usia 4 tahun banyak membantu dia dalam pergaulan & pembelajaran . tak ada beza pun kalau masuk belajar awal atau duduk terperap sahaja di rumah dan menikmati zaman kanak-kanak di rumah. kalau aku seorang suri rumah ye! menghantar anak ke sekolah  seawal usia 4 tahun macam buat anak aku cepat bosan je nanti kan.tapi bila aku bukan seorang surirumah, jadi sekolah adalah tempat terbaik untuk kaliff :)

Korang  jangan kecam aku pula..aku bukan tak setuju untuk membiarkan dia bermain di rumah pengasuh tanpa menghantar dia ke sekolah.Umur 4 tahun kan macam kecik je lagi untuk bersekolah kan..kan? mungkin kalau aku bukan penjawat awam/ wanita bekerjaya, sekolah adalah pilihan terakhir aku untuk kaliff yang baru berusia 4 tahun. Untuk zaman yang serba moden nie pilihan di tangan masing-masing, ada banyak je peluang nak membentuk anak-anak dari awal usianya.

Alhamdulillah Taska Permata buat kan aku kagum dengan perkembangan kaliff..3 bulan je masuk ke taska kaliff dah berhenti minum susu botol.sebulan lepas tu Pampers pun dah stop..yer! stop terus..kalau nak poo poo pun terus ke toilet sahaja.cepat kan? kalau nak harap aku yang bekerja nie hujung minggu sahaja mampu pottey train dia. sebab tu aku kata tak rugi menghantar anak ke sekolah seawal usia 4 tahun.

Taska Permata nie lebih kepada pendidikan awal kanak-kanak..ada pembelajaran, ada juga permainan. bukan menghalang anak-anak untuk terus melepaskan zaman gembira diaorang tau. BAGUS sangat untuk pendidikan awal kanak-kanak.BELAJAR SAMBIL BERMAIN

KAGUM. Aku memang kagum denga perkembangan kaliff. bila time makan dia boleh tolong ingatkan semua " mama baca doa", "kakak jangan lupa basuh tangan"

Sebahagian daripada aktiviti ketika kaliff di Taska Permata Kemas


Foto Farah Wahida.


Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.



Ini antara sebab kenapa perlu menghantar anak awal ke sekolah pada aku lah,

1. Mengisi Masa Dengan Aktiviti Pembelajaran
2. Memberi/Melatih Kemahiran Bersosial 
3. Belajar Berdikari 
4. Potensi Perkembangan Otak Yang Lebih Baik

so, untuk mak-mak di luar sana jangan bimbang atau runsing, insyallah sekolah adalah tempat terbaik untuk perkembangan minda anak-anak..aku cuma share pengalaman sahaja .

Tq baca sini ^_^







You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. pilihan ibu bapa kan nak buat terbaik untuk anak sendiri..bagusla mcm ni

    ReplyDelete
  2. Walaupun sekolah seawall 4 tahun tapi anak dpt beedikari lebih awal lagipun 4 tahun Masih lagi tahap main2 sambil belajar

    ReplyDelete
  3. sha selalu dengar kalau hantar anak sekolah awal nanti dorang cepat bosan, pada sha okay je hantar anak gi sekolah seawal 4 tahun supaya dia tak kekok dan dapat sesuaikan diri. tapi taktaulah hehe sebab takdak anak lagi :D

    ReplyDelete
  4. sy pon plan nak hantar anak next year means anak dh 4 tahun sebab tengok anak sedara yg dihantar ke school development dia sgt bagus cthnya cpt stop susu n pampaers dah. thanx for the info dear.

    www.blogmamalisa.com

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^