ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM
October 30, 2017
ENCHANTEUR merupakan rangkaian berkualiti berinspirasikan wangian dan produk penjagaan diri dari Paris
Wangian ENCHANTEUR dicipta khas untuk menyemarakkan saat kemesraan di dalam setiap perjalanan romantis seorang wanita
ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam
EMPAT variasi wangianrangkaian ENCHANTEUR PARIS
- Belle Amour
- Adore
- Cheri
- Jolie
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.
Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.
Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara
maklumat lanjut:
facebook :
website :
3 pesanan ditinggalkan
Wangi ni. Tapi tak pernah guna. Ambik bau free di kedai je selalunya hehee!
ReplyDeleteMenarik perfume br ni..harga pon berpatutan..
ReplyDeleteokay, i nak belikan utk kawan i birthday!
ReplyDeletecomelnya kecik kecik, senang letak dlm handbag kan!
tinggalkan komen anda di sini ^O^