Logo KBBA

BERKELAH DI TITI HAYUN

October 16, 2017

Hasil carian imej untuk titi hayun
AIR TERJUN TITI HAYUN, YAN KEDAH

Kisah hujung minggu yang lalu
kalau berjalan tak ada plan 
kadang-kadang lagi happening tau!
Last minute punya program

Kami plan untuk berkelah di Titi hayun 
aku memang dah siap masak-masak dekat rumah
plan dalam kul 11 nak bergerak dari Perlis Ke Titi Hayun
Perjalanan lebih kurang 1 Jam 30 minit dari perlis

me & adik ( bawa geng )
aku masak-masak dalam sejam sahaja 
menu masakan simple-simple
Nasi putih, ayam masak kicap, sayur campur , 
ayam goreng, Nugget, Mee Goreng dan aku bawa sekali garam belacan 
habuan cicah-cicah masa dalam air terjun hahaha
(mak-mak sangat kan)

anak-anak comel aku ^_^
anak aku Kaliff lah yang paling teruja
 sebab nie First time bawa mandi air terjun
tapi dia asyik sebut kolam jer...
"mama bestnya mandi air kolam tu" -_-
tak reti nak beza lagi kolam dan air terjun hahaha
tapi dia turun sekejap je..
tak tahan sejuk mengigil-gigil terus naik atas 
suruh turun sambung mandi lagi pun dah tak nak 
sejuk sangat katanya

seronok tengak diorang mandi, air terjun nie masih jernih dan bersih. 
aku rasa ada orang yang menjaga kawasan air terjun nie..
sebab aku nampak ada jer orang yang mengutip sampah-sarap 

yeahhh dah dapat mandi air terjun

Air Terjun Titi hayun ini terletak 3 km dari Pekan Yan & 40 km dari Bandaraya Alor Setar. Terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Jerai. Masuk adalah PERCUMA. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang

kaisara & adam (adik aku)
kami lepak-lepak mandi dekat situ sekejap sahaja...sebab tetiba plan nak ke 2 lagi lokasi yang berhampiran...ambil-ambil angin giteww! masa yang ada di gunakan sebaiknya...

so, lokasi seterusnya ke Pantai Murni..tempat-tempat untuk riadah jer..kami singgah sebentar jer...
ambil angin & bergambar kenangan :)


tengah cicah garam belacan tuuu...hehehe
kalau dapat cicah garam belacan sambil-sambil celup kaki dalam air terjun perhhh
memang best.hahaha (sila cemburu)

***pssst..dapat mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dulu. ayah & arwah mak aku selalu juga bawa kami berkelah dekat sini.Time tu kami memang menetap di Alor Setar jadi perjalanan dalam 30 Minit jer...dekat.


next entry aku share gambar dekat pantai murni dan Gunung Jerai..
#jalanjalankedah
#pbjalanjalan

stay tuned!
bye.



You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^