Logo KBBA

REVIEW : ENCHANTEUR STUNNING

August 14, 2017



 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

HAI...selamat petang
baru-baru nie aku dapat Suprise yang tak di sangka- sangka
memang tak di impikan pun suprise-suprise nie
sekali dapat SUPRISE BOX dari seseorang
dan yang bestnya isi dalamnya
wahhh buka je box terus teruja aku 24 jam sehari hahaha

wangi??tak yah cakap la..
tak sempat nak balik rumah aku dah buka sampul MR.Gdex
dan terus lompat 40 kali (hahahah tipu jer....)
BAU HARUM SEMERBAK satu opis aku..



ENCHANTEUR STUNNING wehh!
set lengkap lagi (seronok wehh)
AKU dah siap buka setiap kotak untuk mencium harumannya
meh aku citer sikit pasal enchanter stunning nie  ^_^

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona 

                         Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.



ENCHANTEUR STUNNING

                          ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


ENCHANTEUR STUNNING

Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

  • ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.
  • Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40.
  • Bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. 
Sapa nak tau sewangi manakah haruman STUNNING NIE..korang kena la cuba dulu baru tau kan


nak tgk video aku  bersama enchanteur stunning 
dalam instagram bole klik bawah nie



Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^