Logo KBBA

PERTANDINGAN MEMBUAT SAMBAL BELACAN

August 08, 2017

hai bunyi tajuk macam pelik je
minggu lepas opis aku ada buat event 
sempena kempen makan ulam-ulaman
jadi salah satu part untuk tarikan pengunjung
adalah menganjurkan pertandingan membuat sambal belacan



sebenarnya aku dah banyak kali juga menjadi urusetia dalam
pertandingan masakan
masa keje dekat perak dulu...
untuk bantu bahagian publisiti gituuu
salah satu aktiviti tarikan pengunjung
tapi ini first time aku bertugas sebgai urusetia
membuat sambal belacan nie
rasa teruja la juga sebab main utamannya hanyalah
 "SAMBAL BELACAN"

ade ke suri-siri rumah kat luar sana yang tak reti buat sambal belacan?hehe
ini antara salah satu makanan yang wajib orang perempuan tahu buat
kalau nak kawen hehehe
sebab mudah kan...
paling malas kalau nak tumbuk 
korang bole guna blander aje
mesti jadi..
tapi dah macam-macam orang yang turut serta 
ada la macam-macam rasa sambal belacan yang terhasil
tapi pendek kata semuanya sedap wehh!

SERAMAI 14 PESERTA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN
peseta terdiri daripada ahli PERKEP Negeri Perlis

juri pertandingan sedang memberi arahan

lokasi pertandingan:peserta sedang membuat persedian sebelum bermula


so sini aku nak share 14 gambar hasil 
dari peserta yang masuk bertanding
semuanya sangat kreatif dan pandai
 (mak-mak gituuu...)

sambal belacan dengan pakej lengkap ULAM-ULAMAN ^_^











































MENARIK KAN  
kalau nak tahu pertandingan nie di menangi oleh
peserta no 1 ( gambar last )
memng sedap dan cukup rasa..
aku sebagai urusetia pun sempat juga merasa hihi
ada juga sambal belacan yang unik bagi aku 
dan tak pernah rasa sebelum ini tetapi sedap rasanya

so, tahniah aku ucapkan kepada semua peserta.
harap-harap one day aku pula berpeluang join dan masuk bertanding
mana tau aku punya sambal belacan lagi sedap hahaha


k.bye!







You Might Also Like

11 pesanan ditinggalkan

  1. Matlamat sama cara berbeza hasilnya sambal belacan juga..tapi mungkin dari segi bahan tidak serupa walau asasnya belacan dan lada/cili.

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Echa pun reti buat sambal :P Tak blh resist ni kalau ada depan mata!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ambik petua org tua2 cara nak buat bg sedap hihi

      Delete
  3. PB Orang perlis jugak ke ? Sebab ccl orang perlis haa .. menarik presentation sambal belacan + ulamam ..

    ReplyDelete
  4. wowww best ni...pakat2 tumbuk smbal belacan...jgn smpai masuk mata sudah..

    ReplyDelete
  5. Pertandingan yg menarik.
    Suka sambal belacan
    Tp tgk juga la minat yg mcm mana

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^