LARIAN OBOR KUALA LUMPUR 2017
July 31, 2017
INFO SEMASA:
Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk sukan SEA ke -29 pada tahun ini. Tinggal lagi 18 Hari sebelum acara Sukan SEA bermula.untuk peminat sukan mesti dah tau tentang Larian Obor Kuala Lumpur yangtelah bermula sejak 14 Mei 2017.
BERIKUT ADALAH INFO BERKAITAN LARIAN OBOR
- Dianjurkan sempena Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di setiap negeri di seluruh negara, bermula dari 14 Mei 2017 di Johor sehingga 12 Ogos 2017 di Kuala Lumpur.
- Pembawa obor dari bermulanya larian ini sehingga tamat akan terdiri dari pelbagai individu yang melambangkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
- Larian Obor akan bermula atau dibawa melalui tempat-tempat ikonik yang terpilih di seluruh negara, menjadikan larian ini unik kerana ia tidak pernah dilakukan dalam sejarah temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN.
- Semua warganegara Malaysia dan Asia Tenggara yang menetap/belajar/bekerja di Malaysia dijemput untuk menyertai Larian Obor ini tanpa sebarang yuran pendaftaran.
- Orang ramai yang berminat untuk menjadi pemegang obor di negeri masing-masing boleh membuat permohonan di laman web ini.
- Acara kemuncak ialah apabila obor ini di bawa masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyalakan api KL2017 pada malam pembukaan KL2017 pada 19 Ogos 2017. Api ini akan menyala secara berterusan sehingga dipadamkan ketika upacara penutup, menandakan tamatnya temasya sukan ini.
- Larian Obor adalah sebahagian daripada tradisi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN semenjak ia berlangsung dan selari dengan tradisi sukan-sukan pelbagai acara dan negara di seluruh dunia. Larian Obor di era moden adalah acara simbolik membawa mesej sukan sebagai sesuatu yang inklusif dan landasan perpaduan untuk masyarakat.
LARIAN obor akan di akhiri dengan
Wilayah Persekutuan & Putrajaya pada 6-12 Ogos 2017 nanti
MAKLUMAT LANJUT : LARIAN OBOR KL 2017
UNTUK PEMBELIAN TIKET SUKAN SEA : KLIK SINI
10 pesanan ditinggalkan
good sharing
ReplyDeletegood info..
ReplyDeletewah...semua negeri rupanya. Ingatkan di KL sahaja.
ReplyDeleteKepada PermataBiru dan kawan2 yang nak dapatkan coklat2 sedap...boleh join giveway Sii Nurul di link berikut:
https://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html
Tengah tunggu larian kat KL jer ni heheh tak sabar nak tengok KL2017
ReplyDeleteMenarik ni, dah lama tak join run
ReplyDeleteMesti larian ni ada live kan farah? Akak nak tengok la nanti. Best tgk larian obor ni. Sambil tu boleh share ilmu dengan anak akak tentang larian obor ni. Nice sharing 😘😘
ReplyDeleteWahhh... Dah nak masuk selangor larian obor ni ☺
ReplyDeleteinfo menarik tapi di pulau pinang dah lepas
ReplyDeleteTeringin nak sertai larian obor ini. Tapi maybe dilain masa... Rindu nak jadi atlet macam dulu-dulu...
ReplyDeleteInformasi yang bagus! Setiap kali melihat larian obor dan mereka pas obor tu. Terus rasa bangga dan teruja. Memang seronok. Semoga atlit kita terus membanggakan negara!
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^