Logo KBBA

JUADAH PILIHAN DI HARI RAYA

July 04, 2017


SYAWAL KE -10


MINGGU NIE DAH 
mula masuk kerja selepas seminggu bercuti
mood malas tu masih ada
mood rajin tak tau bila nak sampai..
bulan puasa ritu dapat la senyum sampai telinga....berat turun 2 kg..
Now, hari nie baru seminngu raya timbang berat naik balik 1 kg  ohh...no no no..
kalau tak jaga makan alamatnya membulat balik la ku nih!

open house? kalau di jemput insyallah sampai
sebab tu susah nak kontrol makan hahaha
semalam sempat juga singgah 
OPEN HOUSE MENTERI BESAR PERLIS
pergi pula dengan member satu opis
fuhhh..semua benda nak makan siap tapau lagi hahaha 
antara menu yang jadi pilihan Bihun Sup, Ketupat + Gulai Daging,
koewteow goreng, Cucur udang, Aiskrim, ABC, Laksa..
Banyak wehhh..semua aku try makan...^_^ 
( korang rasa naik bape kg balik ni berat badan aku ?)



okay..aku sebenarnya nak citer pasal 
menu pilihan di hari raya
kat sini aku listkan menu pilihan aku lah yang mugkin juga paberate korang
selalunya pilihan juadah nie memang setiap tahun aku buat
kalau tak masak sendiri
mesti masak ramai-ramai dengan kakak dan adik2 aku
ANTARA list-list kat bawah nie
memang setiap tahun WAJIB ADA!

6 JUADAH PILIHAN DI HARI RAYA


1. REDANG AYAM -Raya kali nie dah 2x aku buat rendang ayam. aku kurang minat sikit dengan Kari daging.so, tiap-tiap tahun aku masak sendiri rendaang ayam nie..walaupun mak mertua aku dah buat rendang atau kari daging hehehe ( peel suka masakan sendiri..tapi aku makan juga apa yang mentua masak ambik hati hehe )

2. NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH- nie menu Raya Pertama masa deKat rumah mentua last week. Tahun nie plan last minute, kakak ipar aku yang tolong masakkan..sebab dia masak sedap..almaklumlah tukang masak hehehe..aku sebagai pembantu dekat tepi jer hihi SEDAP WEHH!

3. SOTO - DULU MASA ARWAH mak aku ada lagi... nie pun pilihan juadah di hari raya juga. tahun lepas dah buat masa raya pertama jadi tahun nie aku buat juga masa raya ke dua.aku masak sendiri sebab aku kan buat open house raya ke2 hari tu. walaupun en.hubby pilih menu Nasi Daging aku sempat juga selit-selit menu SOTO nie...laku keras tau! tak sampai malam dah abis 30 bungkus nasi impit hehehe ( buat sikit jer )

4. MEE KARI- selalu tiap-tiap tahun nak makan Mee Kari sedap kami adik beradik mesti terjah rumah makcik aku dekat Kodiang. Yess dia memang suka buat mee kari tiap-tiap tahun tak miss sebab ramai suka makan mee kari makcik aku nih. Tahun nie tak sempat nak merasa sebab makcik aku open house raya ke2 juga..hihi

5. LONTONG- AKU Satu family suka makan lontong..selalu juga buat time raya..tahun nie tak jumpa lagi rumah yang sediakan lontong..tapi nasib aku baik Raya ke6 aku ke teluk intan (hantar kakak ipar aku balik rumah dia) merasa la juga lontong...makan dekat kedai time breakfast..dekat utara nie susuh nak cari kedai yang jual lontong..melainkan kau masak sendiri..hihi

6. LAKSA- Lastly favorite en.hubby aku..aku buat masa raya ke-8 sebelum naik kerja.fuhh ikan dah murah sekarang sekilo RM4 je..temenung kecik-kecik tu..buat sekilo makan kami sekeluarga jer..sebab kaisara & kaliff pun hantu laksa juga..kalau nak jamu orang memang tak cukup hehehe

haaa..ada tak juadah pilihan DI HARI RAYA
yang aku listkan nie
 sama dengan pilihan korang time hari raya?
mesti la ada...kan ...kan
apa-apa pun makanan atau  masakan yang korang pilih
jangan lupa ucap

Alhamdulillah...
 syukur dengan Rezeki yang Allah SWT bagi..

SELAMAT HARI RAYA SEMUA ^_^


You Might Also Like

9 pesanan ditinggalkan

  1. Ketupat Xde ke.
    Rendang ayam r daging wajiblah ada.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya farah,pilihan cik sue tapai beras,mee kari lontong n soto

    ReplyDelete
  3. lontong, org selatan byk la kot mkn, sini mmg kena buat sendri la, hihi

    ReplyDelete
  4. sampai hari ni masih nk makan lontong.. mana nk jualll huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Menu bila tiba Aidilfitri memang mengancam. Singgah teratak k.sal ya..

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya Farah.. dalam banyak juadah tu paling yanie suka rendang ayam dan lontong sewaktu hari raya tau.. sedap nya...

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  7. memang wajib ada menu2 ni kalo x mmg tak meriah laaaa raya hehe..

    letak sbelah jap kalori

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^