Logo KBBA

Menahan mengantuk selepas bersahur

May 29, 2017

Selamat pagi..

Entry selepas subuh
Gigih tau nak up entry sebeb tak tau dah nak buat apa
Sebelum tu nak ucapakan tahniah
Anda dah berjaya mengharungi ramadan ke -3
alhamdulillah...

aku sebenarnya nak kongsi sedikit cerita
pasal menahan mengantuk selepas bersahur
bukan apa!
agar kita tak terbabas selepas bersahur
bagi orang yang biasa bangun awal aku rasa
memang tak ada masalah

tapi macam aku nie
dah 2 hari terbabas
nasib baiklah sabtu dan ahad cuti
en.hubby gie kerja pun aku tak sedar...hahaha
en.hubby kata kesian tengok tido mcm letih je semalam
dia pun mandi terus gie kerja, tak kejut dah aku!!
sedar2 ehh..laki aku dah xde..pegi kerja sob sob sob

so, rini dengan azam yang lebih baik
lepas sahur tak nak sambung tido lorr
hari ni dah mula keje..
anak2 pula cuti sekolah..
Jadi aku ada masa 2 jam untuk siapkan apa yang patut
 sebelum bergerak ke tempat kerja..

Jadi masa yang ada digunakan sebaiknya
kemas rumah, basuh pinggan, mandi awal,
iron baju, siapkan beg anak-anak
Seminggu ni terpaksa hantar anak rumah mak sedara
mujur mak jang aku nak jaga
dulu2 pun anak2 aku memang dh biasa duduk dengan mak jang aku nie...
so, cuti sekolah memang hantar ke sana
ada cucu-cucu dia sekali bolehlah diaorang tumpang bermain...

jadi pada aku..
gunakan masa selepas bersahur
sebaiknya daripada sambung tido
buat badan dan minda kita keletihan sahaja..
untuk seminggu nie mungkin lain sikit rasa kan kan 
sebab perubahan masa tido
nanti2 biasa lah...

ok.nak siap2 gie kerja.bye

selamat berpuasa u'oullss



You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Memang sangat2 mengantuk lepas bersahur tu. Hihi... memang kena buat sesuatu supaya tak tertidur...

    ReplyDelete
  2. memnag mengantuk..selalu tidur, ni tahan pulak

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^