Logo KBBA

RESEPI : PULUT KUNING RENDANG AYAM

March 21, 2017

Salam..

Pb selalu bersiaran dengan resepi-resepi semasa hujung minggu yang lalu..
yeahh..Minggu nie mood rajin dan teringin
Dapat la hasil lebih sikit first time masak n buat 
PULUT KUNING RENDANG AYAM

SELALU rendang ayam nie aku masak bila time raya sahaja
kali nie ada anak tekak yang request
so, ku rajinkan diri masak juga..hehehe

alang-alang dah buat rendam ayam makan dengan ketupat memang la sedap
tapi raya lambat lagiiii
so, kita hidangkan bersama Pulut kuning
oh ya..nie first time masak PULUT KUNING sendiri sobsob sob

kalau dulu-dulu selalu tengok mak je yang buatkan
kali nie ko buatlah sendiri..BERDIKARI OKAY
Mak dah xdak T_T
*makan sambil menitiskan air mata RINDU masakan Mak :'(




RESEPI RENDANG AYAM

sini aku kongsikan resepi mudah dan ringkas Versi aku si Permatabiru hehe
sila salin dan hafal resepinya mudah sahaja :)

bahan-bahan:
1 ekor Ayam (potong 12-14) kecik2 pun okay

cili kering
serai, halia & lengkuas
bawang besar, bawang putih dan bawang merah
sedikit belacan
(garam & gula- sesedap rasa)

3 serangkai ( kulit kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang)
kerisik 
santan
Daun Kunyit (5 helai )

cara memasak :

1. Blander semua bahan-bahan yang aku BOLD kat atas nie.sukatan Ikut besar mana ayam yang korang nak masak...kalau aku selalu buat cili kering satu blander besar tu penuh.
2. Tumis dalam kuali masukkan sekali 3 serangkai. kemudian terus masukkan Ayam yer.
3. Lepas naik bauan dan cili hampir masak masukkan kerisik.( warna rendang akan bergantung juga dengan jumlah kerisik yang korang letak jangan banyak-banyak sangat yer..1 ke 2 sudu besar sahaja cukup)
4.bila rendang hampir kering, masukkan santan gula dan garam sesedap rasa..
5. tunggu sehingga hampir kering sekali lagi..
6. kemudian masukkan daun kunyit. (lagi banyak daun kunyit lagi sedap rasanya..siap:)

PULUT KUNING

OHH YA nie cara aku buat pulut kuning 
"lain orang mungkin lain caranya"
sebab aku suka pulut kuning yang lembut
jadi aku kukus 2 x

bahan-bahan:

pulut susu
santan
garam
serbuk kunyit

cara memasak :

1. korang rendam dlu puluT.paling elok semalaman lah..tapi aku last minit punya menu aku rendaM TAK sampai 2 jam pun hehe
2. masukkan ke dalam periuk kukus..dan terus kukus dalam 30 minit
3. Angkat pulut yang separuh masak tadi , masukkan ke dalam mangkuk, korang bancuh santan bersama secubit garam dan sesudu serbuk kunyit ( kunyit tak perlu banyak-banyak yer..sedikit pun dah memadai nanti masa masak kuning tu akan bertambah terang )
4. Gaulkan pulut tadi bersama bancuhan santan tersebut (part nie korang gaul siki-sikit supaya sekata )
5. Lepas semua siap di gaul masukkan kembali ke dalam periuk kukus..kukus semula sekali lagi sehingga masak. lebih kurang 20 minit je.
5. siap untuk dimakan bersama Rendang Ayam tadi ^_^

SELAMAT MENCUBA :)


You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^