Logo KBBA

SISTEM SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE (SAPS)

January 04, 2017

SALAM..



SAPS itu APA ? Kenapa anak-anak dan ramai orang bercakap mengenai saps ibu bapa ini? Aku yang ada anak kecik ni pun rasa macam nak ambik tahu juga..sebab mungkin satu hari nanti bila anak aku akan membesar dan akan menggunakan SAPS nI. Sebelum AKU bercerita lanjut, MOHON baca dulu artikel ini sampai habis. Semoga ianya bermanfaat untuk semua ibu bapa di Malaysia 


Sebagai ibu bapa, pendidikan anak-anak perlu dan sangat di titikberatkan . Pendidikan yang terbaik untuk anak-anak dapat menjamin  masa depan yang cermelang  buat mereka di dalam era globalisasi yang mencabar ini. Bagaimana untuk memastikan anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan terbaik dalam pembelajaran mereka?Bagaimana memastikan anak kita terus cemerlang dalam pelajaran dan masa depan mereka?



Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. Ya, sebab keputusan peperiksaan mereka merupakan cermin kepada prestasi pembelajaran mereka. 
Jadi, kita perlu  memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!



Bila kali terakhir anda cek keputusan peperiksaaan anak anda dan bila kali terakhir anda suami isteri berbincang bersama demi memastikan kecermalangan anak-anak? Tak pernah??
 Jangan macam itu, sila ambil berat dengan pendidikan anak-anak mungkin dulu susah untuk dapat tengok keputusan anak-anak, sekarang da mudah boleh hanya di hujung jari jer boleh buat semakan secara online!
yups..secara online sahaja delari dengan peredaran zaman.


Hasil carian imej untuk saps

SAPS merupakan satu sistem semakan keputusan peperiksaan secara online yang disediakan oleh kerajaan - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Saps ibu bapa  adalah satu usaha yang sangat bagus telah diwujudkan untuk membolehkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dengan cepat dengan hanya melalui internet tanpa perlu turun ke sekolah dan berjumpa Guru Kelas anak-anak. 

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) akan digunakan oleh guru bagi merekodkan data keputusan peperiksaan pelajar dan juga prestasi pelajar secara keseluruhan.
Data yang direkodkan sangat penting bagi rujukan dan analisis oleh ibu bapa, guru besar, pegawai PPD, kementerian dan lain-lain pihak yang mahu meningkatkan taraf pembelajaran dan pengajaran 
di sekolah-sekolah di Malaysia.

SAPS ibu bapa boleh diakses dan digunakan untuk memeriksa keputusan peperiksaan murid-murid sekolah rendah daripada Murid Tahun 1 hingga Murid Tahun 6. Sistem ini juga boleh digunakan untuk melihat dan memeriksa keputusan setiap peperikasaan murid-murid sekolah menengah dari murid tingkatan 1 hingga murid tingkatan 5. 



Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.



Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak. Ibu bapa perlu bertemu guru kelas, membuat appointment dengan guru, dan hal ini sangat memakan masa dan tenaga.



Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.




Untuk memeriksa secara online sila klik di sini -->


 SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.


***Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu frust sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi insyaAllah.


Oh Ya, Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.


dengan adanya sistem ini, anda akan lebih mudah untuk memantau dan mengetahui tahap prestasi pendidikan anak-anak kita.

 Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita untuk mendidik anak-anak mencapai keputusan yang cemerlang. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.



psssttt...Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu 
mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.




You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^