Kenangan 2016
December 31, 2016Salam
Penghujung tahun 2016
Bakal melabuhkan tirainya
Tak sampai 24jam sahaja lagi
Dan semua yang berlaku pada tahun 2016
hanya akan menjadi kenangan dapam lipatan sejarah hidup aku
alhamdulillah
2016 yang terbaik untuk aku
rezeki aku
azam dan doa aku termakbul
betul kata orang cepat atau lambat yang pasti
doa kita akan sampai kepadaNYA
Mengadulah..berdoalah...usaha dan tawakal
insyallah semua dengan izinnya
Nak mengimbau kenangan 2016
Yang indah dan terbaik adalah
balik ke pangkuan en.suami
no more PJJ...(perkahwinan/perhubungan jarak jauh)
sakitnya PJJ hanya yang melaluinya sahaja tahu -_-
3 tahun menanti dengan penuh harapan doa dan iktiar
Tak pernah putus asa
saling bagi semangat kat each other
bukan senang ye nak lalui hari2 tanpa orang tersayang di sisi..hanya wassup call yang menemani...
itu belum lg termasuk perasaan anak2 kecil
alhamdulillah lalui dengan tabahnya ^_^
dah lepas
Kejayaan kedua
miliki rumah idaman sebelum umur 30 tahun
Ini memang impian kami suami isteri
lepas je kawen dah pasang angan2
taknak terlalu cepat dan terlalu lambat
Ikut guidline gitu
before 30an kami dah ada rumah sendiri
berkat doa dan IzinNYA
alhamdulillah dah hampir 90% siap
esok dah mula nak masuk rumah baru yahuuu:)
INI JE KOT KEJAYAAN terbesar dan kenangan terindah dalam lipatan sejarah aku 2016 heee
Untuk 2017
azam dan impian yang lebih indah dan terbaik insyallah..
Terima Kasih YA ALLAH .
1 pesanan ditinggalkan
waaa. seronok boleh kembali ke pangkuan suami. semoga kekal bahagia :)
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^