RESEPI : NASI AYAM
May 04, 2016
Salam..
Selamat pagi..
Dah lama sebenarnya nk kongsikan
Resepi mudah dan ringkas nie
Anak-anak saya memang suka makan
Nasi ayam nie..
Kalau x masak pun pergi je makan kedai
Menu nie lah yang di pilihnya
Dari asyik makan kedai je
Yang kadang-kadang sedap...
Kadang-kadang tawar baik korang belajar buat sendiri..hehehe
Boleh makan bertambah-tambah lagi heee
Sebelum saya share resepinya
Jemput jamu mata tengok
Nasi ayam by permatabiru ^_^
RESEPI NASI AYAM
Bahan-bahan : -
Ayam
Kicap manis
Garam/kunyit
Nasi
Beras
Garam/sedikit kunyit
Bahan tumis- bawang putih/merah/besaq,
3 serangkai (kulit kayu manis/bunga cengkih,bunga lawang)
Daun pandan (simpul)
Sup
Ayam
Daub bawang/daun sup
Bahan tumis- bawang putih/merah/besaq,
3 serangkai (kulit kayu manis/bunga cengkih,bunga lawang)
Kuah cili
Cabai besaq
Cabai melaka
Bawang putih (sedikit)
Gula/garam
Cuka
Cara2 memasak
1. Rebus ayam sekejap, air rebusan bahagi 2 satu untuk buat sup & satu lagi untuk masak nasi
2. Ayam yang direbus td toskan dan Perap ayam bersama garam, kunyit & kicap manis letakkan tepi dulu.
3. Masak nasi.tumis bahan2 untuk nasi tadi masukkan beras bersama air rebusan ayam sedikit.tambah garam dan kunyit sedikit.lepas tu masak nasi macam biasa...letakkandaun pandan sebagai penaik aroma semasa memasak :)
4. Kuah cili merah.simple je cara nak buat blender semua bahan cabai besaq,cabai melaka (sedikit), gula, garam, cuka sesudu.masak sekejap atas api..nak elak sakit perut ye..buka api kecik je..kacau2 siap ^_^.
5. Last skali goreng ayam yang di perap tadi.kalau nk lagi sedap lepas goreng ketuk2 sikit ayam tu mcm kat kedai hehe..
**untuk tambahan hidangan nasi ayam macam biasa potong tomato, timun & salad.
Ok.siap!
Jangan lupa cuba tau..simple dan mudah.. pejam mata pun boleh buat hahaha. (ok.tipu je pejam mata x nampak apa2 le...hehe)
Ohh ye sebelum terlupa.
setgh nasi ayam ada kuah hitam juga kan.
.kalau saya selalu buat guna cabai melakabawang putih, garam , gula dan kicap
BLENDER sama je cara buat cili merah cuma yg nie sy bg pedass baru sedapp terangkatsebab pakai cabai melaka.
nasi ayam warna kuning |
kuah cili merah pedas dan lazatt |
ayam hitam hehe |
taraaa siap ! |
jemput makan lalala |
nota : ringkas dan mudah di sediakan..terima kasih baca entry nie sampai abis...^_-
5 pesanan ditinggalkan
Sedapnyaaa nasi ayam, memang favourite sangat..
ReplyDeleteNasi ayam yg sedapp part ayam & kuah cili..klu sedap maka sedapp la nasi ayam tu hehe
Deletetgk jer la..:)
ReplyDeletewalaupun tasha tak makan ayam.. nak gak belajar masak nasi ayam...
ReplyDeletesedapnyaa..")
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^