Logo KBBA

PULAU PANGKOR 2015

February 04, 2016



Salam..


(ENTRY FLASH BACK) # TB


Alhamdulillah..
penghujung tahun 2015..
Sebelum melabuhkan tirai ari tu..
sempat spend time together-gather with my small  happy family ^_^


So, macam biasa en.hubby bg suprise
Bangun pagi suruh siap2..gie brakfast..
Terus lajak ke PULAU PANGKOR..
OMG!! Dia memang selalu begini T_T

Xsempat nk dressing cantik bagai..
Nak packing2 beg bagai..
Main redah je..katanya
 "jom pergi pulau pangkor..balik hari"

Woww..excited la juga..
( perjalanan dari rumah ke jeti lumut cuma 1 jam aje)
xdela jauh nauu pun..!!hahaha

Sebabnya last masuk pangkor 2010..( lama kan xpergi ) 
Padahal selalu je pergi lumut tengok kapal..(tengok kapal je tau)
first time pergi PULAU PANGKOR TAHUN 2010 
Tahun pertama perkahwinan..
Tengah perggy kaisara waktu tu 3 month..hehehe
Tetiba terimbau memori lalu...


Now 2015..
WE ARE HERE!!!  
with 2 baby's Alhamdulillah...with kaisara + kaliff

Inilah short vacation penghujung tahun 2015

nak story banyak kat sini..
baca sampai habis tau..
PB belanja sikit gambar-gambar semasa di sana

apa yang menarik di PULAU PANGKOR?
haa..ada banyak juga tempat yang menarik di sana
Antara tempat yang sempat PB singgah.. pergi pun sehari je kan..kejar la juga masa..
sebelum tu PB cerita sedikit apa yang menarik kat tempat-tempat tu yer...

1. PANTAI TELUK NIPAH

Ini lah pantai paling popular di Pulau Pangkor. Apa yang menarik di sini pantainya bersih, Pantai Teluk Nipah adalah merupakan tempat yang agak menarik kerana di sini terdapat banyak kedai makan terutamanya kedai ikan bakar, kedai menjual baju dan kedai menjual cenderamata. Malah di sini juga terkenal dengan pelbagai resort penginapan dan tapak-tapak perkhemahan yang menyediakan kemudahan-kemudahan asas dengan kadar sewa yang berpatutan.

Di sini juga juga merupakan pusat aktiviti permainan air seperti jet ski,kayak, banana boat, mandi pantai, snorkling dan sebagainya kerana terdapat banyak batu karang dan hidupan laut di sekitar Pulau Mentangor dan Pulau Giam.

2.  KILANG SATAY

Siapa yang datang ke Pangkor biasanya wajib singgah ke sini. Merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor,Kilang Hai Seng Hin atau lebih dikenali sebagai Kilang Satay sangat terkenal sebagai kilang pembuatan makanan berasaskan hidupan laut seperti sotong, ikan dan sebagainya. Di sini terdapat juga pelbagai jenis ikan bilis. Semua makanan yang dihasilkan adalah segar.

3.  KOTA BELANDA

Kota ini telah dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Rakyat tempatan yang tidak setuju dengan cara Balanda memperolehi bijih timah tersebut telah membinasakan kota in pada tahun 1690. 

Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah akta bendapurba 1976 dlaam seksyen No. 242, warta kerajaan Negeri Perak bertarikh 21 Mac 1978. 

4. TOKONG FOO LING KONG
Foo Ling Kong terletak di kaki bukit di Kampung Sungai Pinang Kecil, Pulau Pangkor iaitu 5 minit daripada Jeti Sungai Pinang Kecil. Taman tersebut dihiasi dengan landskap yang menarik seperti Mini Tembok Besar China, kolam ikan yang mengandungi pelbagai spesis ikan dan pondok rehat.

5. SHOPPING ( DEKAT PEKAN P.PANGKOR )
 Pekan pulau pangkor adalah tempat yang paling mudah dan senang untuk pengunjung membeli-belah , yang nak bawa balik cenderahati atau buah tangan sesuai lah membeli-belah di sini..lokasinya yang berdekatan dengan JETI memudahkan pengunjung untuk membeli barang-barang termasuklah pakaian, topi, cenderahati, ikan bilis, satay dan macam-macam lagi..boleh la berkunjung ke pekan pulau pangkor.


tempat tempat menarik di pulau pangkor
PETA PULAU PANGKOR

back to the story...
okay semasa sampai di pulau pangkor
kami decided nak naik van jer..berjalan-jalan dalam pulau..
yela kalau nak sewa kereta macam tak padan pula...nak jalan pun kejap je..
Around pukul 11 kami sampai dan pukul 5 dah nak bergerak balik..
lebih kurang 6 jam masa yang kami ada di sana...
tapi..lain yang plan lain pula yang jadi..hehehe
kami ambil angin Pulau Pangkor naik MOTOR sahaja..hahaha
pengalaman yang gak menarik kan..
dekat rumah nak naik moto pun susah dan jarang-jarang sekali
sekali gie jenjalan sana..MOTOR juga yang we'oullss TRY..^_^

kalau ikut pengalaman lalu pulau pangkor nie kecik aje...
pusing-pusing nampk tempat yang sma je..
so, kami decide pergi ke tempat-tempat yang menarik je
jimat masa dan minyak..hahaha
sewa motor sehari RM30..minyak setangki pun tak abis..hehehe


yeahhh hampir sampai ke PULAU PANGKOR.."welcome"

jeti LUMUT ke pulau pangkor..

ada rezeki tengok CRUISE pagi nie..dekat je dengan JETI LUMUT

Perkampungan NElayan PULAU PANGKOR

KAISARA dah get ready nak naik boat katanya

wahh excited nak jenjalan PULAU PANGKOR

sara minta nak duduk tepi tingkap tengok air laut

okay..selfie sikit dari kaisara..yeahhh


kaliff pun nak selfie juga dalam boat


tak mampu nak story panjang-panjang 
jom tengok bila gambar berbicara..
u'ooulss faham kn??hehehe



Tokong Foo Lin Kong, Pulau Pangkor



sambil-sambil tengok ikan besar selfie sikit o_o


masih di Tokong Foo lin Kong


peace sikit..ambik angin petang


me & kaisara


kota belanda, pulau pangkor



last lokasi kami singgah





cantik pemandangan di sini

belanja kaisara dan kaliff makan buah dan air kelapa dekat sini..


dua-dua tengah rehat abiskan buah pelam yang masan tu hehe

 nie lokasi terakhir kami sebelum balik

akhirnya abis juga buah tu..hehe
haaa..entry yang gak panjang untuk penutup 2015
panjang dengan gambar ajer...hehe
alhamdulillah moment-moment indah bersama dapat juga 
PB kongsikan dalam blog nie...
insyaallah ada rezeki nak ke pulau pangkor tido sana pula...nest time
hope xde la plan last minit lagi....
TQ en.husband..^_-

see u next  lokasi..on 2016


nota: next week holiday in penang...jom CNY di sana..i'olls cuti seminggu ^_^

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. assalamualaikum..murni tak pernah ke pulau pangkor ni..inshaAllah nak pergi juga laa nanti

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Eraz belum pernah sampai lagi sini..

    #www.erazfadli.com

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^