Logo KBBA

11 LANGKAH PENGUBAHSUAIAN BAJET 2016

January 28, 2016




Putrajaya: Sebelas penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 dilaksanakan bagi memastikan ekonomi dan kewangan negara kekal pada jajaran yang betul.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah pertama, kerajaan bersetuju mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja sebanyak tiga peratus mulai Mac 2016 hingga Disember 2017.

"Kerajaan akan memberi pelepasan khas cukai sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah untuk tahun taksiran 2015.

"Selain itu, enam langkah akan diambil kerajaan untuk mengurangkan kos harga barang keperluan harian, termasuk mengenal pasti lebih banyak kedai jualan harga berpatutan, FAMA membuka pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet dan memperkenalkan program MyBeras dengan membekalkan 20 kilogram (kg) beras kepada keluarga miskin tegar berdaftar setiap bulan sehingga Disember ini,"katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa; menteri dan timbalan menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Najib berkata, langkah keempat adalah kerajaan akan menetapkan semua penjualan rumah berharga sehingga RM 300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja berkuatkuasa serta-merta ke atas projek perumahan baharu.

Katanya, langkah kelima membabitkan sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF yang berjumlah RM200 juta akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja yang diberhentikan.
Menurutnya, lima perkara bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil akan dilaksanakan termasuk menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap pengelak cukai, memberi pertimbangan khas dengan melonggarkan pengenaan penalti kepada pembayar cukai untuk menggalakkan pembayar cukai tampil melaporkan pendapatan tahun ke belakang serta menstruktur semula saluran jualan rokok dan minuman keras, untuk dihadkan kepada Kedai Bebas Cukai yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (KDRM)

"Kadar levi hanya akan diklusterkan kepada dua kategori sahaja, tetapi ia tidak termasuk kategori pembantu rumah asing.

"Selain itu, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI , untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi permintaan industri serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI di negara ini, bagi tujuan pemantauan keselamatan,"katanya.

Langkah kelapan adalah kerajaan akan lebih berhemat dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran kepada Tabung Amanah Kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan GLC, serta merasionalisasi dan menyusun semula entiti merangkumi Company Limited By Guarantee dan badan berkanun.

Katanya, langkah kesembilan menumpukan kepada perbelanjaan pembangunan dengan fokus akan diberikan kepada projek dan programmendahulukan kepentingan rakyat, serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan kandungan importrendah.

"Institusi kewangan pembangunan (DFI) dan dana modal teroka atau VC milik kerajaan akan ditambah dana pembiayaan sebanyak RM6 bilion dalam menyediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan.

"Akhir sekali, saya menyarankan pihak GLC supaya melaksanakan inisiatif mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja secara berperingkat, malah sektor swasta turut disaran melaksanakan perkara sama,"katanya.

sumber : sini

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^