SINOPSIS DRAMA HELLO MR.PERFECT
October 02, 2015
salam...
Drama baru dah pun ke udara
30 september 2015 yang lalu..
menggantikan drama Mencintaimu...
harap-harap drama kali nie..lagi best la kan...
baru boleh nak layan petang2 lepas balik keja..hehehe
macam biasa DRAMA adaptasi dari Novel
SAPA DAH BACA NOVEL NIE???angkat tangan...
jom baca sinopsis dulu....^_^
Sinopsis Drama Hello Mr Perfect
Drama Hello Mr Perfect mengisahkan tentang Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah yang saling mencintai dan telah merancang untuk berkahwin. Namun keluarga Arif mementingkan peraturan langkah bendul, iaitu selagi abang sulungnya belum berkahwin, Arif tidak boleh berkahwin. Lebih merumitkan keadaan, keluarga Ainul hanya memberinya tempoh masa selama enam bulan. Akibat dari itu, Arif terpaksa mencari jalan penyelesaian.
Abang sulung Arif, Muhammad Izzul Islam terlalu mahukan kesempurnaan dalam mencari pasangan. Biarpun dia menjadi idaman ramai kerana rupa parasnya yang kaca dan susuk badannya yang tinggi, Izzul sangat cerewet dan mahukan seorang pasangan yang sempurna. Kerapkali ada sahaja gadis yang mendampinginya tetapi tidak seorang pun yang mampu bertahan dengan sikap Izzul.
Kerana terlalu desak mengejar tempoh masa yang ditetapkan oleh keluarga Ainul, Arif berusaha untuk mendapatkan calon isteri untuk abangnya. Malah dia sanggup menawarkan RM 500,000 kepada mana-mana gadis yang sudi berkahwin dengan abangnya.
Nak dijadikan cerita, seorang gadis bernama Alya Adriana yang sangat memerlukan wang untuk membayar hutang keluarganya, menawarkan diri untuk menjadi isteri kepada Izzul.
Dapatkah Alya bertahan dengan sikap Izzul yang terlalu mengejar kesempurnaan?
Untuk mengetahui kesudahan kisah ini, jangan lupa saksikan Drama Hello Mr Perfect setiap Isnin hingga Khamis bermula 30 September ini jam 7:00 malam hanya di slot Akasia TV3.
SUMBER : SINI
nota: best juga kan...lagu tema ost HELLO MR.PERFECT...! hehehehe
6 pesanan ditinggalkan
1st ep tu ada lah tgk
ReplyDeletesepi je jalan cerita dia ekeke
owh mcm ni cerita dya..episod pertama hari tu tak tgk pon.. tak igt knapa.. hahaha..
ReplyDeletexikut laa drama ni..tapi lagu tema dia best
ReplyDeleteehehe Fattah.. skrang da makin laku dah dia.. da pandai belakon =)
ReplyDeleteEkin layan slow sikit lebih kurang citer PLayboy itu suami aku dulu2 ..
ReplyDeleteLagu tema pun best
Pelakonya x berape best.. Novel dia sha da baca tapi dah x ingat jalan cerita.. hehehe.. x menusuk ke kalbu..
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^