JAMBATAN PULAU PINANG: PEMBAYARAN TOL SECARA ELEKTRONIK ( PENUNGGANG MOTOSIKAL )
September 07, 2015info !!
PERHATIAN UNTUK SEMUA PENUNGGANG MOTOSIKAL YANG MENGGUNAKAN JAMBATAN PULAU PINANG
Bermula pada 9.9.2015 ini, semua penunggang motosikal yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang akan membuat pembayaran tol secara elektronik atau dengan erti kata lain pembayaran menggunakan Kad PLUSMiles Touch n'Go di semua lorong tol. Jangan lupa untuk mendapatkan Kad PLUSMiles Touch ‘n Go anda di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS yang berhampiran.
Kepada penduduk tetap Pulau Pinang (yang memiliki Kad Pengenalan yang beralamatkan di Pulau Pinang), sila daftarkan Kad PLUSMiles Touch n' Go anda di Pusat Khidmat Pelanggan Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang untuk mendapatkan kad PLUSMiles Touch ‘n Go yang bercirikan Diskaun Khas 20% untuk Penduduk Tetap Pulau Pinang!
sumber : sini
12 pesanan ditinggalkan
lepas ni tak boleh lupa dah bw TnG..kena boh dlm wallet laa...sebelum ni boh dlm keta..kalau bw keta lain selalu lupa bw..hihihi
ReplyDeleteMudah tak perlu bawa cash. guna kad pengenalan yang ada T&G pun boleh
ReplyDeletetapi kalo guna IC takut nanti tah mana2 campak IC tu..
Deletebaik beli TnGO asing..
selepas nih kena pastikan sentiasa ada touch n go dalam beg..
ReplyDeleteyeay.. hopefully tak ada la traffic terus sngt dah lepas pakai electronic ni..
ReplyDeleteeh moto pon kena ea.. alohaiii..
ReplyDeleteKat jambatan Penang ja yang kena.. the one and only.. T_T
DeleteAdoii.. Motor pun kena juga..
ReplyDeleteTu lah.. dah semakin banyak lorong sekarang..
ReplyDeleteSemua dah touch n go ye ^-^
ReplyDeleteharap2 dh tak jammed bila pakai touch n go ni
ReplyDeletesm ja jem dia...hahaha...sbb kdg tu pg2 org br nk topup kad touch n go...hik3
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^