TIPS BERJIMAT
April 14, 2015
Tips ringkas untuk berjimat cermat dalam mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga:
- Berbelanja dengan wang tunai berbanding dengan kad kredit. Elakkan terus penggunaan kad kredit jika tidak perlu.
- Tetapkan kos bulanan untuk belanja keperluan rumah dan haruslah berdisiplin dengan ketetapan tersebut.
- Beli barang keperluan secara pukal untuk mengurangkan kos pengangkutan, bayaran parkir kereta dan yang paling baik boleh menjimatkan masa.
- Membuat perbandingan harga antara pasaraya atau peniaga dan catatkan untuk panduan masa hadapan.
- Membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.
- Berkongsi kereta ke tempat kerja jika sehaluan atau menggunakan pengangkutan awam jika lebih menjimatkan kos dan masa.
- Membiasakan diri menyimpan rekod-rekod perbelanjaan, seperti bil atau resit untuk rujukan pada masa depan. Catatkan satu nota lengkap dengan kedai, harga barangan untuk membuat perbandingan.
- Pastikan suis elektrik dan paip air ditutup sebelum meninggalkan rumah. Masak ikut keperluan sahaja supaya tidak membazir.
- Melatih diri untuk menabung dan secara tidak langsung dapat melatih anak-anak untuk menabung.
- Belajar membezakan keperluan dan kehendak supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu yang kadangkala merugikan sahaja.
- Buat senarai barang-barang yang hendak dibeli untuk mengelakkan kita dari lupa dan berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.
- Pastikan perut kenyang sebelum keluar rumah boleh mengurangkan keinginan untuk membeli barang.
- Membeli belah pada waktu santai. Elakkan membeli ketika anda sibuk dan boleh menyebabkan kurang fokus sehingga barang yang sepatutnya dibeli tidak dibeli.
- Simpan baki makanan di dalam peti ais bagi mengelakkan ia rosak dan boleh bertahan lama jika disimpan dengan baik.
- Menyediakan menu untuk seminggu supaya kita boleh merancang barang-barang mentah yang hendak dibeli.
sumber : sini
OKAY , sedikit sebanyak info untuk u'ooulss..
memang bukan semua tips kita boleh Follow..
TAPI sedikit sebanyak kita boleh APPLY kan
dalam kehidupan seharian..
untuk kurangkan kos yang tak sepatutnya...
betul tak?? sejak GST nie..kita di sarankan berjimat ^_^
nota: jimat belanja..jimat duit..jimat ari..jimat elektrik...waahhhh jimat segalanya...
4 pesanan ditinggalkan
Nice tips...
ReplyDeleteAssalam PB,
ReplyDeletejimat3
jangan tak jimat he3
dalm situasi khudpan masakini kita..mmg kna berjimat,.sbnarnya msing2 ada cara tbaik utk bjimat kan
ReplyDeleteMemang kena jimat sekarang ni sampai dah tahu nak jimat macam mane lagi ni :(
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^