>
>
>
>
yess...johnson baby's
SESUAI UNTUK KEGUNAAN BAYI TAU
selalunya PB guna dua set
satu set untuk siang hari
satu set lagi untuk malam hari..
sebabnya baunya yang menyenangkan
mmg memudahkan bayi kita nak tido..
selain tu juga..
sabun mandiannya sangat mudah digunakan untuk kegunaan "head to toe"
dari hujung kepala ke hujung kaki tau..
kiranya sesuai untuk bayi tak pedihkan mata bayi kita la..
bukan semua produk ada kelebihan macam nie tau
penjagaan khusus dari hujung rambut ke hujung kaki gituwww...
bawah nie PB tunjuk sikit demo
anak kecil PB kaliff rizqi
yang baru lepas mandi..
wahhh..semangat tau nak tunjuk kat u'oollss..
kaliff dah ready nak mengharumkan badannya...
lepas mandi haruslah pakai bedak + losyen kan..
lalalala..kaliff dah ready nak buasss tu...
di usha je mama dok snap pic dia..hahaha
lepas sapukan losyen, jangan lupa buat urutan sedikit untuk baby kita
urutan bayi mampu membuatkan
baby kita rasa selesa dan tenang..
haaa...tgk pic bawah nie..
tersenyum aje kaliff
geli letuww...
jangan lupa..manjakan bayi anda okay!
dengan bau wangi & wangian
lastly..sapu minyak rambut laa..
actually PB mmg dah lama guna minyak rambut johnson baby..
mehh nak bagi petua sikit,
untuk bayi yang lambat tumbuh rambut tu..
walaupun bayi anda xda rambut u'ollls letak juga minyak johnson nie..
insyallah..nanti rambut bayi anda akan lebat juga
macam kaliff nie...
now dah 8 bulan rasanya dah 3 kali masuk
kedai potong & trim rambutnya..
cepat panjang & lebat..
jangan lupa tau Gunalah produk
JOHNSON's BABY
untuk si kecil anda..
pasti berpuas hati..^_^
**tips dari saya..sekian terima kasih..hehehe
nota: salah satu faktor anak tidor dengan lena adalah faktor penjagaan kebersihan bayi.. bau-bauan mampu menjadi peneman tido mereka...^_^
Tetiba entry tentang cabai la pula.hahaha..
Semua org fhm kot cabai tumbuk tu apa??HUHUHU
Yg PB maksukkan..sambal yang cilinya di tumbuk..
bukan di blander...
Bg PB ke enakan cabai tumbuk berbanding cabai blander
mmg berbeza..sapa setuju??
Angkat tgn..hihihi
Serious cakap bila rasa rindu.
nk makan sambal yg cabainya ditumbuk...
Haaa PB mmg sanggup menyediakannya..
biarpun mcm ssh ja nk menumbuk cabai tu kikiki...
xda la ssh sgt pun...
Dulu masa kecik2...
zaman PB blander mmg dah ada..
tp bila nk rasa sambal yg sedap macam tu..
bila time balik kg la..
sbb kt kg.umh nenek mmg xda blander..
klu ada pun dia mmg xreti guna.huhuh
Time tu la request dekat nenek nk mkn sambal bilis yang di tumbuhh.perrghhh..
terimbau kenangan lalu..
Rasanya lebih kurang cili yang digiling juga...
Sekarang dah xda kot pengiling..
nk jumpa pun ssh..
silap2
anaK2 zaman sekarang pun x knl penggiling tu apa...ye takk?? -__-
nota: tetiba rindu arwah tok & mak...i miss u makk :'(
Salamm..
Korang kongsi sikit tips..
Mcm mn nk maintain view
Masa hari minggu..
PB mmg jarang Bw ari minggu
Tapi mmg dah sediakan
Entry autopublish..
Tp sayangnya kadang entry
Hujung minggu tak berpengungjung hehe..
Adakah kesilapan tuan blog or.mmg masa berehat dr membaca blog..hukhukhuk..
udang fresh gilerr...sodappp lakk tu...
PUTRAJAYA: Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi itu Jumaat ini adalah antara 10.45 hingga 11.15 pagi.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata selain hadirin di lokasi istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), orang ramai yang tidak dapat hadir turut diminta bertafakur sebagai tanda penghormatan terakhir.
"Kita minta rakyat semua bertafakur walaupun di mana mereka berada... di rumah, di pejabat, di sekolah dan kenderaan juga diminta berhenti seketika pada waktu berkenaan.
"Kita akan maklumkan melalui siaran radio dan televisyen waktu untuk setiap orang bersedia untuk bertafakur selama seminit. Bagi beragama Islam boleh membaca al-Fatihah dan bukan Islam berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing," katanya dalam sidang media Istiadat Penerimaan Jenazah Warga Malaysia Tragedi MH17 di sini hari ini.
Sidang media itu diadakan bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
sumber: sini
Mohon Maaf dah dua hari PB tak dapat BW
sibuk mengalahkan menteri dah datang...lalala
hari2 taip surat..
Tugas hakiki terpaksa di abaikan..OMG
lepas nie PB mesti pengsan!
nak mengejar tugas Hakiki..
ok byeee..
nak balik dulu!lalalala
hehehe
Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
Senang dan mudah bukan?
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
- http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://yuyueciutmiut.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://sayasukala.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://ijamawar.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://khudri2337.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html#links
- http://loveneddy.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://www.mamaniza.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://httpterataiungu.blogspot.com/2014/08/blog-post_72.html
- http://adna2029.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://misshygiggles.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://emiamirah.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://msvelentine.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://norshamimi.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
memandangkan penyertaan yang agak memberangsangkan..
tak dapat lah PB masukkan semuanya ke dalam bloglist Ogos PB..
oleh itu PB akan PILIH
15 BLOG yang bertuah sahaja
menggunakan RANDOM.ORG
mohon maaf sangat-sangat..
kang kalau semua masuk dalam bloglist PB
alamatnya berat la sedikit loading blog kan..hehe
(setakat jam 9 pagi...)
- http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://yuyueciutmiut.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://loveneddy.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://karyamahirah.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://norshamimi.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://khudri2337.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://eirza.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://adna2029.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://ckecilberbicara.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://cikath.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://msvelentine.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://terbitsangkancil.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://kapas-putih.blogspot.com/2014/08/segmen-kapas-putih-august-bloglist.html
- http://sayasukala.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://izzeyda.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://misshygiggles.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html#links
- http://kenny977.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://permatabiru0310.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://emiamirah.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://httpterataiungu.blogspot.com/2014/08/blog-post_72.html
- http://www.mamaniza.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://nurulhidayahdiary.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
- http://ijamawar.blogspot.com/2014/08/segmen-bloglist-ogos-2014-by-permatabiru.html
nota: terharu dengan penyertaan dr semua blogger di atas..untuk blogger yg baru follow PB.. PB akan follow u'oolss..balik soon..^_^
KUALA LUMPUR: Gerakan untuk menyingkirkan Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diterajui pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat menjadi ‘senjata makan tuan’ dan berpotensi menghancurkan Pakatan Rakyat (PR).
Penganalisis politik berkata krisis MB Selangor itu membawa implikasi kepada PR seluruh negara, kerana ia menunjukkan sikap sebenar pucuk pimpinan dan nilai ketelusan sebuah parti dalam mencapai matlamat yang diinginkan.
Apakah kegagalan PR mencapai persetujuan dalam isu MB Selangor dengan keengganan PAS bersetuju dengan rakan sekutunya bakal menjadi punca kepada perpecahan PR seperti yang berlaku pada Barisan Alternatif pada 2001 kerana bantahan PKR dan DAP dalam isu hudud?
Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ahmad Tarmizi Talib berkata PR tidak lagi layak mengatakan mereka adalah pemerintah Selangor, ekoran tidak boleh mencapai persetujuan dalam pemilihan ketua.
Tambah beliau PKR tersalah langkah dalam permainan mereka, kerana lawan yang dipilih adalah Abdul Khalid, individu berprinsip yang memberi keutamaan kepada rakyat tanpa mengira ‘siapa yang sedang bermain atau menggerakkan buah catur’ di hadapannya.
“Saya melihat niat utama Abdul Khalid bukan untuk mempertahankan kerusi MB, namun lebih utama beliau menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bagaimana tahap ketelusan yang ada di dalam PR, khususnya di dalam PKR,” katanya kepada Bernama hari ini.
Ahmad Tarmizi menambah kesilapan yang dilakukan adalah memandang rendah kemampuan Abdul Khalid dalam bidang politik memandangkan beliau lebih ke hadapan sebagai tokoh pentabiran dan pengurusan, ekoran latar belakangnya sebagai tokoh korporat.
“Abdul Khalid tak banyak bermain politik. Tapi beliau lebih kepada rakyat. Beliau tak perlu mengharapkan gaji MB kerana sudah tentu tidak setimpal dengan beban kerja. Jika wang ringgit yang menjadi keutamaan lebih baik beliau kekal dengan dunia korporatnya,” katanya.
Pendapat sama diutarakan oleh Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Attory Hussain melihat PAS walaupun tidak menyatakan secara terbuka, isu Abdul Khalid menyebabkan parti itu kini berada dalam kedudukan 50-50 dalam pertaliannya dengan PR.
Justeru, PAS sewajarnya memikirkan adakah mereka masih mahu berkolaborasi dalam gabungan itu, kerana menurut Attory, jalan terbaik adalah untuk parti itu kembali berdiri sendiri.
“Dalam kemelut MB, Umno menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid, dan jika Abdul Khalid memilih untuk menyertai PAS (beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan ini), adakah sokongan Umno masih utuh jika PAS masih bersama PR?
“Ini perkara yang perlu dilihat kerana darjah perbalahan antara Umno dan PAS tidak sehangat Umno dan PKR, yang banyak dianggotai oleh bekas anggota Umno,” katanya.
Attory berkata figura bernama Abdul Khalid itu boleh melahirkan dimensi politik baharu yang lebih positif, berpendirian dan berpegang kepada kebenaran.
“Ini x-factor Abdul Khalid. Saya fikir tidak ada masalah untuk beliau menyertai parti lain sama ada PAS, malah Umno juga pasti berbesar hati untuk menerimanya, walaupun saya berpendapat beliau berat ke arah PAS,” katanya.
Sementara itu Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata Abdul Khalid kini perlu menimbangkan setiap implikasi yang boleh berlaku apabila menyertai sesebuah parti politik.
“Jika beliau memilih untuk menyertai PAS, sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada PKR yang cuba menyingkirkannya dan DAP yang menyokong gerakan itu. Jadi adakah PAS masih mahu bersama PR jika itu berlaku?,” soalnya.
SUMBER DR: — AstroAwani SINI
NOTA; berita semasa..untuk maklumat..baca dan lihat aje..no komen..hehehe :)
tp pedas..
BAHAN_BAHAN:
bawang besar, bawang putih, ayam,fish ball, fishked, sayur sawi
cili boh/cili kering,sos cili, sos tiram, kicap manis
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang Hiris sehingga naik bau, masukkan ayam..
2. masukan dua sudu cili boh/cili kering..masak sedikit..kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap sesudu..
3. tambah garam dan gula sedikit
4. masukkan air mengikut mee yang hendak di masak..sebagai kuah soup..
5. akhir sekali masukkan fish ball, fishked, sawi dan mee
SIAP!
SELAMAT MENCUBA..^_^
NOTA: sapa penah makan??komen sikit sedapp x??hehe
kata-kata semangat untuk anda di pagi ini..
moga mood lebih ceria & bersemangat..
selamat bekerja..
"Cinta itu memang buta tapi jangan buta atas ciptaan Tuhan yang seindah sinar matahari yang menyinari bumi"
"Jangan pernah berjanji kamu tak akan saling mengecewakan, namun berjanjilah kamu akan tetap bersama meski dikecewakan."
"Kebahagiaan datang dari hati yang tulus, bukan dari senyum yang dipaksakan."
"Jangan takut untuk mencoba hal baru dalam hidupmu. Jika berhasil, kamu akan bahagia, jika tidak kamu akan lebih bijaksana”
"Jika kita mensyukuri apa yang kita miliki, kita telah selangkah sampai pada kebahagiaan."
nota: bersyukur dengan setiap yang kita miliki..yang kita lalui..yang kita ingini...
selamat petang...
ehh dah nak malam la...hujung minggu sy berlalu begitu saja..meskinpun di bulan syawal nie..xda kunjungan rumah terbuka pun..walaupun jiran sblah dh jemput pagi tadi...Maaf sangat tak dapat penuhi jemputan...anak kecik xsihat..lagipun without en.hubby mcm ssh je nk control ke duanya..dengan nk menjamu selera lagi kann..ohh jiran hope kamu tak tersalah anggap..
actually hati saya tak keruan..lama- lama skali mood sayu nie mmg datang..teringankan en.suami...yang jauh di mata..xsabar tunggu kamu papa..
minggu nie penuhkan aktiviti mengemas rumah je..barang2 yang pindah ritu bru nk buka kotak sebab pindah dekat nk puasa ari tu mood mengemas tak berapa nk ada..hehe now rasa macam dah ok sikit my home sweet home...
nota: rumah kemas dan selesa hati pun senang..."abaikan rasa gundah gulana tu"..o_O
nk update story anak kecilku kaliff rizqi..hihi..dlu selalu story tentang kaisara..sekarang dah xbanyak pulak kisah kaisara kn..hmm nt la nk up story kaisara...sekarang story mory ttg adiknya dulu..hihi
Bila dah makin besar mmg makin byk lah ragamnya.bak kata pepatah.."lain orang lain ragamnya"..kaliff nie ada la beza juga dgn perangai kakaknya dulu..alhamdulillah sekarang dah boleh duduk..cepat kn??kaliff dah 7 bulan..dah mula merangkak kesana sini..then duduk ikut sedap bontot dia je..dkt dinding pun dia nk parking bontotnya huhuhu
Now, mamanya mmg kna mula start engine nk mengejarnya cepat je klu merangkak semua dia nk jelajah..kaliff sekarang bkn saja boleh merangkak dan duduk..tapi dah mula meniti pun..pintu grill pun klu buka pintu mmg dia bergayut la di situ..tepi2 sofa & katil...agaknya dah xlama kot boleh berjalan..
Dulu masa kaisara kecil dia lepas meniarap terus duduk..then berjalan dah xmerangkak..sbb dia mengesot je kerjanya..mengesot mcm org tua2 sakit kaki tu..hihi
tapi bila si adik yang asyik merangkak..jenuh juga lutut seluar semuanya hitam..adoi tambah keja baru mengosok berus baju seluar..kadang hitam habis semua.. sebab sampai ke dapur di merangkak..pintu-pintu bilik mmg kna tutup siap..inilah gambar si kecil saya yang the latest..heww hew heww
mood nak kongsi cerita raya baru sampai..persiapan ala kadar je...xde pun buat rumah terbuka tahun nie..lebih kepada rumah tertutup acara bersama keluarga aje..hehehe..memandangkan balik beraya rumah mentua dahulu..so, mood raya tak berapa nak meria gah..gah..hahaha jgn mara ye en.suami..
actually, PB lagi suka beraya di KG PB..hehehe..walaupun MAK PB dah tiada..alhamdulillah kemeriah raya di kampung sendiri masih happy..tahun nie adik beradik PB semua sepakat raya rumah mentua dahulu..so, meriahnya raya PB masa raya kedua la..bila semua balik ke rumah ayah PB..yahooo...raya..raya. semua dah atur planning BBQ bersama Keluarga raya malam raya ke dua.
siapa tukang masaknya dah siap di aturkan..PB macam selalu sediakan Ayam BBQ dan nasi goreng cina..menu BBQ kami..ayam BBQ 3 ekor, ikan bakar siakap & jenahak, nasi goreng cina, lontong, sosej bakar, sotong bakar, nugget, kentang, pencuci mulut krim karemel dan buah-buahan. alhamdulillah rezeki kami sekeluarga..dapat berkumpul ramai-ramai dan makan besar bersama..hehehe
jom cuci mata tengan gambar raya PB bersama keluarga..actually tema royal blue tetapi memandangkan raya ke dua..baju melayu dah tak di pakai..semuanya tinggal tshirt sahaja..hehe..jadi la dr tak de kenagan di pagi raya kan..si anak-anak kecil la yang paling seronok ada ramai kawan nak main.
inilah keluarga saya..semua adaa...^_^ |
banyak kali ambil nie je hasilnya si kecil sibuk pandang ke lain...hmm |
nie la kaisara vs syafik..sepupu dia..hehe |
bersama kakak dan adik saya..:) |
anak2 sedara, ayah dan adik saya..ramainya anak2 kecil tau..hehe |
nie adik saya..lagi besar dari saya... |
buah hati pengarang jangtung saya..kaisara & kaliff |
adik kaliff sibuk dengan duit rayanya sahaja..asyik bawa masuk mulut aje.. |
tah raya ke berapa tak pasti baju raya sudah hilang huhuhu..selpie anak beranak..^_^ |
tuan tanah mmg suka selfpie jgn marah haaa...-__- |
alhamdulillah syukur..bulan puasa ari tu mmg ada pasang niat sambil puasa nk kurangkan berat badan juga..means control pemakanan la masa bln puasa aritu..sebab ada banyak helai jeans n bj kurung yang semakin ketat dan sendat..almaklum la beranak kecil nie..lemak-lemak degil pun mmg bertambah la kan..susahnya nk buang lemak degil nie..mmg kadang paksa juga perut berlapar..
now, happy sekejap masa hampir akhir ramadhan PB timbang mmg berat trn la sikit..waaupun tak banyak tp..suar jeas PB dah boleh di tutup kemas..opsss..actually buncit di perut dah semakin susut..haahahaha
sebb tu boleh pakai balik jeans lama..berat dah kembali ke asal sebelum preggy anak ke dua nie..yahoo..bestnya..
nak target pakai boleh pakai balik baju kebaya yang lama je..blom kesmpaian lagi..kononnya raya ari tu nak pakai..sekali rasa macam tak yakin jer..so, simpan untuk raya haji akan datang nanti la..hope makin susut lagi badan nie..^__^
nota: en.hubby cakap macam tak xder perubahan jer..-__- sobsobsob...
antara sahabat blogger yang sudi menyinggah ke teratak PB nie...:) |
nota: masih bersemangat untuk menulis blog...yeahhhaaa....
salam hari raya maaf zahir dan batin..hehe..baru sempat nak mengupdate blog..PB masih di kg..esok akan pulang semula ke tempat bekerja..tempatku mencari rezeki..mood raya masih ada lagi..
;-)
PB nak kongsikan gambar raya ...
kosong-kosong tau !