Sinopsis drama TV3 slot Akasia - Rindu Awak 200%
Armel Aisya mempunyai hobi suka mengambil gambar. Hobi itu dijadikannya sebagai pendapatan sampingan ketika dia sedang melanjutkan pelajaran. Walau bagaimanapun, hobi Armel Aisya disalah tafsir oleh ibunya sendiri. Situasi itu menimbulkan ketegangan di antara mereka. Hubungan Armel Aisya dan ibunya sentiasa dingin. Bagi ibunya, hobi anaknya itu umpama mengemis di jalanan.
Orang tua Armel Aisya ingin menjodohkannya dengan anak kepada rakan lama mereka. Permintaan ibunya sentiasa ditentang oleh Armel Aisya. Mereka tidak sebulu, tidak sependapat! Armel Aisya enggan menunaikan keinginan ibunya. Malah dengan lantang Armel Aisya mengatakan dia sudah mempunyai kekasih hati.
Mengetahui perkara itu, ibunya bertambah berang. Baginya, Armel Aisya seorang anak yang keras kepala dan tidak mahu mendengar kata orang tua. Armel Aisya memberitahu ibunya, jika hubungan mereka berjaya dipisahkan, dia akan menuruti kehendak ibunya.
Siapa sangka lelaki yang pernah dia ambilkan gambar suatu ketika dahulu, kini berada di depan matanya. Zill Faezrul bakal dijodohkan dengan dirinya!
Hasrat orang tua Armel Aisya akhirnya tercapai. Mereka bahagia melihat perkahwinan anak perempuan mereka dengan seorang pemuda yang indah budi bahasanya. Mereka amat berharap dengan perkahwinan itu akan mengubah Armel Aisya daripada sikapnya yang mudah melenting.
Bagaimana dengan kehidupan Armel Aisya selepas bergelar isteri? Bahagiakah Armel Aisya bersama suaminya, Zill Faezrul? Bagaimana pula hubungan Armel Aisya dengan ibunya? Yang sebelum ini sentiasa panas bercakaran. Haaa..nak tahu kisah selanjutnya apa kata kita sama-sama saksikan di kaca tv drama yang ditayangkan bermula jam 7.00 malam, Rindu Awak 200%. Selamat menonton!
sumber: sini
** rasanya dah seminggu lebih drama ni ke udara di TV3 menggantikan KTAR..so far..macam best juga..cuma heroin baru tak berapa nak kenal kan..lakonan zul sememangnya terbaekk..PB bagi 4 bintang..hehe..jangan lupa menonton ya..
nota: sekali tengok..rasa sayang plak nak tinggal episod yang seterusnya...xsabar menunggu...:)