Tips penjagaan bayi baru lahir
May 02, 2014assalamualaikum..
selamat pagi...
hari nie nak kongsi ilmu yang bermanfaat..
selingan la sikit
asyik-asyik cerita tentang PB aje kan..
bila dah ada dua orang anak..
umur pun makin meningkat..
orang tua-tua cakap..
"pengalaman mematangkan kita'
iye tak??
so, nak bg sedikit tips penjagaan bayi baru lahir
nama pun bayi kan..
mereka sangat sensitif tau dengan keadaan persekitaran..
ye la dah 40weeks dalam kandungan ibu kan..
tuptup keluar nampak dunia luar..
mmg lain perlukan masa la untuk bayi-bayi sesuai dengan persekitaran
Apa yang anda perlu ketahui tentang penjagaan bayi baru lahir.
Ketika baru dilahirkan, sistem tubuh bayi anda masih belum berfungsi dengan sempurna. Dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru setelah kira-kira 40 minggu berada di dalam kandungan.
Jangan terkejut jika kaki dan tangan bayi anda berasa sejuk semasa anda memegangnya. Hal ini berlaku kerana sistem peredaran darahnya belum sempurna. Warna kulit bayi anda juga akan berubah dari masa ke semasa. Ketahuilah bahawa kebanyakan kulit bayi baru lahir akan mengalami kekeringan dan pengelupasan. Ini adalah proses semula jadi dan terjadi kerana kandungan minyak yang dihasilkan oleh kulit bayi belum stabil.
Pada masa yang sama, bulu-bulu halus yang ada pada tubuh bayi anda akan gugur sedikit demi sedikit. Anda juga akan dapat melihat tompok-tompok merah seperti ruam pada hidung dan beberapa bahagian lain pada tubuh yang lain. Jangan bimbang kerana kesemua ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.
Selain itu, pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi. Cuci tunggul pusat bayi anda dengan air dan pastikannya selalu bersih dan kering. Tali pusat tersebut akan tertanggal dengan sendirinya selepas lapan ke 12 hari kelahirannya. Adalah menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau sedikit.
Lazimnya, bayi baru lahir akan turun berat badannya selepas tiga atau empat hari dilahirkan. Walau bagaimanapun, bayi anda akan mendapat kembali berat badan asalnya selepas dua minggu dilahirkan. Pastikan juga bayi anda mendapat suntikan imunisasi seperti yang disyorkan doktor pediatrik untuk mengelakkan penyakit berbahaya. Ketika ini juga, doktor pediatrik anda akan merekodkan perkembangan fizikal dan mental bayi anda seperti berat badan, tinggi dan pergerakan yang sepatutnya bayi anda lakukan.
Kepada ibu bapa baru, setelah mengetahui perkara-perkara asas tentang bayi baru lahir anda, janganlah takut untuk memegang atau membelainya. Bayi amat suka disentuh dan dibelai. Namun, anda haruslah berhati-hati agar tidak mencederakannya. Jangan panik jika bayi anda menangis. Carilah punca mengapa dia menangis. Biasanya bayi menangis kerana dia lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk atau rasa tidak selesa. Ketika bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya untuk merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih sayang antara anda berdua.
Tip Penjagaan Bayi Baru Lahir
- Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk. Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya hingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan ubat yang diberikan doktor.
- Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan terkena ruam lampin.
- Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
- Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan dia kembung atau muntah.
sumber : sini
**part sendawakan bayi nie bg PB mmg wajib tau! harus bg dia sendawa..kalau tidak baby akan terjeluak..or dlm erti kata bayi anda akan termuntah susu yang baru di makan..sendawakan bayi anda nie, mmg membantu anak kita dr segi penghadaman..
nota: next entry nanti PB nak bg tips lain pula..jangan segan-segan singah sini yer..^_^
5 pesanan ditinggalkan
Tips lg 1 nk share, ikut galaan nabi iaitu susukn ank sekurg2nya slm 2 tahun. Motif : Utk mengelakkan anak mudah sakit.
ReplyDeletesalam jumaat... nice sharing...
ReplyDeleteMasa baru besalin... paling takut nak jaga tali pusat....hehe selagi xtanggal risau je....
ReplyDeletenice tips ^_^
ReplyDeletetips berguna untuk semua.... awok Insyallah Mem akan bersalin bulan 6 ni nanti... banyak dah lupa...... kurang2nye ada tips ni boleh le ingatkan balik...skil2 yang dah tumpoi ni...
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^