Slot Akasia : Aku Isterinya
April 03, 2014
Sinopsis novel ini
Mya Arlissa terperangkap dengan
permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa
kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih
lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu.
Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan
ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Barisan pelakon Aku Isterinya.
Mikail - Izzue Islam
Mya Arlissa - Anzalna Nasir
Datuk - Eizlan Yusoff
Datin - Marissa Yasmin
Lisa - Shira Ayoub
Suzzane - Uqasha Senrose (tidak pasti lagi)
** saya dah tgk semalam episod pertama mmg memikat hati..cumanya penampilan izzue islam nampk mcm tua la plak...macho2 gituw sebab dah bermisai dan janggut..(xsuka la..), satu lagi saya suka tgk lakonan anzalna Nasir nie..manja2 gituw! bkn ngada2 tau...citer adaptasi dari novel Aku Bukan Mistress...By Achik Lana..diaorg tukar tajuknya ke aku isterinya...( satu lagi xsilap aku penah follow blog dia suatu ketika dahulu la..dan dia mmg publish citer nie dekat blognya tp xhabis la..sebab dah nak dibuku kan..tp kan..tp kan..saya pun ingat2 lupa aje mak jemahh oiit...kalau salah maafkan saya...hehe..)
nota: drama sebelum nie tgk gitu-gitu aje..jalan citer mcm tak best la kot!maaflah..yang di ikuti je saya kongsikan dalam blog..jom kita nonton ramai-ramai...hehe...
2 pesanan ditinggalkan
Tak sempat tul nk layan tv skrg ni...
ReplyDeleteMunirah tak sempat nak layan . huhu. tngk mcm best je kan
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^