Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin
February 19, 2014
salam..
semalam saya ceritakan tentang kebimbangan saya dengan perut yang semakin buncit..entry sini hari nie nak kongsi sedikit tips..yang saya sempat google..untuk di amalkan..moga2 dapatlah saya kempiskan perut buncit itu..hehe..
jom korang amalkan sekali
semalam saya ceritakan tentang kebimbangan saya dengan perut yang semakin buncit..entry sini hari nie nak kongsi sedikit tips..yang saya sempat google..untuk di amalkan..moga2 dapatlah saya kempiskan perut buncit itu..hehe..
jom korang amalkan sekali
- SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
- BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin - rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
- BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
- KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
- SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
- BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari
- DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.
sumber: sini
4 pesanan ditinggalkan
betul tu setuju sgt ngan langkah2 tersebut
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, nak tanya sikit. ada amik set berpantang tradisional tak? boleh suggest brand apa bagus? sheila dalam dilema nak beli jamu apa...
ReplyDeletetepat sekali :)....tp itulah yg paling pyh org nak buat..mcm sy yg bersalin bedah ni, baru skrg la nak berbengkung pun.. awal2 tu masih lg sakit sikit2..so, xberapa berani..
ReplyDeleteHehe... Mmg slim melim klu nyusu bdn... Itu.bdn sy la.. X smpt nk berbgkung bgai dh.. Trus kepeng aje... Sibuk pula nk naikkn lpas bersalin..
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^