slot lestary: ku Cinta kau seorang
November 27, 2013Sinopsis:
Batrisya dibesarkan dalam keluarga kaya dan segala permintaannya dipenuhi oleh Dato Hisham(bapa Batrisya). Namun, Batrisya amat cerewet.Ramai pembantu telah diberhentikan hanya sebab kesalahan kecil. Suatu hari Helmi(Remy Ishak) pekerja restoran Dato'Hisham telah menegur Batrisya telah menegur sikap biadap Batrisya. Batrisya sangat marah kerana ia telah memalukannya.Batrisya meminta ayahnya untuk memberhentikan Helmi.
Helmi anak yatim piatu, tidak berpelajaran tinggi sebab faktor kewangan dan tinggal bersama neneknya yang sudah tua dan nyanyuk. Kos perubatan neneknya amat tinggi menyebabkan Helmi terpaksa membuat pelbagai kerja.
Dato Hisham amat menyukai Helmi sebab rajin bekerja dan tidak pernah membuat masalah. Permintaan Batrisya terpaksa ditolak.Batrisya yang kecewa akan sikap ayahnya yang tidak menyebelahi Helmi membuatkan dia pergi ke luar negara selama sebulan. Bila pulang Batrisya mendapati rumah dan restoran milik ayahnya akan dijual.Dia mendapat tahu ayahnya jatuh muflis dan terpaksa melarikan diri sebab hutang piutang yang banyak.Dalam suratnya ayahnya mahu Batrisya tinggal bersama Helmi dan neneknya.Bila sampai di rumah Helmi,Batrisya terkejut dia akan tinggal di rumah yang uzur. Dia tidak rela,lalu meminta pertolongan Maya dan Fara namun pelbagai alasan diberikan. Hubungi Razman teman lelakinya juga hampa.
Batrisya sedih.Hidupnya berubah sekelip mata.Dengan perasaan sedih, Batrisya pulang semula ke rumah Helmi dan tinggal bersama mereka. Namun ada undang-undang yang ditetapkan Helmi yang harus diikuti Batrisya. Mampukah Batrisya mengharungi cabaran di rumah Helmi?
Para pelakon: Remy Ishak, Amy Rosli, Mak Mah dll
* tayangan setiap hari selasa jam 9 malam..
macam best aje..sebab tu nk kongsi dengan korang...untuk kaki2 layan drama melayu nie..mgu nie dah masuk episod ke dua..pada korang yang belum kesempatan nak tengok saksikan minggu hadapan..lakonan mantap remy ishak..terbaekk la..rindu remy selepas drama "nur kasih"dahulu..mak mah pun best lakonan nenek tua yang nyanyok..kesian nenek..moga2 batrisya sudi menjaga nenek dengan baik..hehehe
jom saksikan bersama2 ekkk...
nota: saya mmg suka drama melayu walaupun kdg2 jln cerita lebih kurang sama..i love malaysia...kna support industri malaysia la kan...*_*
1 pesanan ditinggalkan
Pukul 9 tu tengah bz sgt tu.... Da lama tak tengok dram kat tv
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^