Bersyukurkah Kita?
November 29, 2013salam...
(berkongsi pengalaman Hidup)
sudah hampir 8 bulan saya berPJJ dengan en.suami. Macam dah boleh terima kenyataan/realiti Hidup ini. walaupun kehidupan xmacam orang lain. biLA bangun pagi ada suami di sisi, sedia makan minum suami, bila sakit ada yang nak jaga dan bawa ke klinik. bila anak meragam ada suami yang sedia memujuk..susah payah sorang-sorang.kadang-kadang airmata nie mengalir sendiri..mungkin kerana ikutkan perasaan atau sekadar luahan rasa sedih. bila airmata dah kering hati dan perasaan akan kembali okay.
(itu saya la tu..hehe)
pada saya bukan manja atau mengada-ngada. tapi sukar nak terima keadaan yang kita dah biasa lalui. untuk zaman sekarang PJJ bukan satu hal yang merumitkan lagi..saya mula mengkaji di mana silapnya bila suami/isteri terpaksa berjauhan di sebabkan tuntutan kerja, saya cuba membaca blog2 serta page2 mengenai luahan hati yang mana dah bertahun-tahun hidup berPJJ dengan suami..dengan anak2..bahagia je mereka.(mungkin ini memberi kekuatan untuk saya hadapi hari hadapan)
bila difikir-fikir, adakah saya antara orang yang tak tahu erti bersyukur?Allah SWT dah bagi saya rezeki kerja tetap seperti yang saya mahu..Allah bg saya kesihatan yang baik, Allah bg saya rezeki bertambah Anak..di saat saya berjauhan dengan suami ( Aku Beryukur PadaMU)...nak rasa kebahagia macam orang lain. sedangkan saya bukan sedang menderita tetapi sedang diuji..melalui ujian untuk kebahagian di masa hadapan.saya mula terima Ujian dariNYA dengan hati yang redha dan pasrah.( mungkin sebab tu rasa tenang & bahagia walaupun berjauhan..terima kasih YA ALLAH).
**jangan salahkan takdir hidup kita..bila kita melalui ujiannya..Allah tahu kita mampu melaluinya
nota: entry terajin menaip..."bersyukur dengan setiap nikmat yang diberi"
0 pesanan ditinggalkan
tinggalkan komen anda di sini ^O^