Logo KBBA

Drama Teduhan Kasih

June 11, 2013

salam..

dah terjebak dengan drama teduhan kasih nie..
rasa nak tgk hari2..
sayang plak klu terlepas satu episod kan..
saya pasti ramai yang suka jalan cerita TEDUHAN KASIH nie..
lakonan terbaekk laaaa kan..
setuju tak saya cakap??

sana sini dah bising2 cerita tentang watak dalam drama nie..
kalau bagi saya watak paling geram dengan si ALONG tu la..
mulat dia MAK AIII..laser giler..
tapi tak mustahilkan masih ada lagi orang yang macam mereka tu..
tak berhati perut, iri hati, tamak
pendek kata semua yang negetif la kan..
termasuklah MAK mereka dan SI ayu tu...

jom baca sedikit sinopsis yang dapat saya kongsikan..
lepas nie sama2 kita tontot slot akasia jam 7 mlm
setiap isnin- khamis di tv3

SINOPSIS TEDUHAN KASIH

Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam.

Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal. 

Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya.Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.

Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat. Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. 

Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. 

Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. 

sumber: sini


nota: mood nak menulis semakin ada..love you all my readers...:)

You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. insaf tak nak layan lagi drama bersiri... nanti ketagih... hehe

    ReplyDelete
  2. husband x gemor sy tgk cter ni sbb mak tiri & akak tiri tu suka ckp bahasa kasar, xelok utk budak2... so sy kena tgk kat hp diam2 ha3

    ReplyDelete
  3. waaa.. ramai pulak yg citer pasal drama ni.. best ke? aduii.. tv lak rosak.. nk tgk xleh.. hu2

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah tgk drama nih . waktu siarannya x sesuai ...

    ReplyDelete
  5. Isteri aku pun dah berjangkit....kikiikiki.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^