Logo KBBA

” Kerana Lelaki Itu ”

February 27, 2013

salam...

satu lagi cerita terbaru di TV9
slot ratu sedang ditayangkan di tv9
setiap hari isnin dan selasa jam 8.30 mlm- 9.30 mlm

nak kongsi sedikit sinopsis dengan korang
yang pastinya bagi saya slot ratu mmg cerita yang best-best
dan mula tayangan episod 1 semalam 26 febuary 2013
so, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti rancangan
terbitan radius one sdn bhd
barisan artis yang menjayakanya seperti
Zarina Zainoordin, Rizz Amin, Fikhree Bakar, Siti Elizad, Ana Dahlia, Tunku Anis dan Noryanti Taib



Sinopsis:

Drama yang penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan dua pasangan berkawan rapat iaitu Dr. Hanafi (Fikhree Bakar) bersama pasangannya Diana, seorang peguam serta Syukri (Riz Amin)i dan Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana.

Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalahmenjadi kecurigaan kepada para media.
Apakah kesudahan kepada rumahtangga kedua sahabat ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara? Semuanya terjawab dalam slot Ratu, ‘Kerana Lelaki Itu’
kredit to : sini 

nota: mula2 tengok dah rasa sedih..nasib kaum wanita begelar isteri.. :'(

You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. aritu tgk 1st episod pun dah sedih. kaum wanita selalu menjadi mangsa.

    * saya baru draft review drama ni, tp lum sempat publish je lg. hehehe

    ReplyDelete
  2. tetiba teringat nak kongsikan cerita smlm tu dgn yang lain..:)

    ReplyDelete
  3. baru episod satu eh.. tak jauh lagi nak tengok nie. hehe.. nak tengok jugak lah macam sedap je.. mesti tacing tengok nanti.

    ReplyDelete
  4. citer baru tu ye... tak sempat tgk lagi la...

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^