SiRRuN
October 02, 2012salam...
nak review sikit citer sirrun dekat Tv9
semalam merupakan episod akhir..
bagi saya cerita nie mmg best la...
banyak pengajaran juga..
masa mula-mula tengok mmg tak berminat sangat..
sebab tak tahu lagi jalan cerita..
dah dekat-dekat nak habis baru timbul rasa minat tue..
Dan yang Bestnya semalam time ending baru saya tahu apa itu makna SIRRUn..
mula2 dok berteka-teki dengan en.Husband juga..
sapa itu sirrun??nama org ka??nama anak dia ka??atau ada maksud lain..
rupa-rupanya sirrun itu dalam bahasa arab yang bermaksud Rahsia..
sini ada sikit sinopsis yang sempat saya COPy..hehe
pada yang terlepas baca sini ajer yer..
Kisah Sirrun bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja. Dia juga begitu rajin belajar di sekolah dan mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.
Hidup Laila pula menjadi amat sukar apabila bapanya, seorang tabligh yang jarang berada di rumah, membuat keputusan untuk berkahwin buat kali ketiga. Laila marah terhadap bapanya dan juga kepada ibunya kerana merelakan perkara ini berlaku. Laila menjadi tidak terurus dan terpaksa berhenti sekolah ketika umurnya 16 tahun untuk menyara ibu dan adik-beradiknya.
Setelah berhenti dari sekolah, Laila berkerja sebagai seorang guru di sebuah Tadika Islam. Di sana, dia telah bertemu dengan Khalid (Hairul Azreen) dan telah jatuh cinta pandang pertama. Laila memperkenalkan Khalid dengan rakan baiknya, telah menjadi marah dan cemburu apabila Khalid jatuh cinta dengan Surina pula. Kerana Khalid, Laila dan Surina bergaduh dan tidak bertegur sapa.
Sepuluh tahun telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak. Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.
pada pendapat saya la..
saya suka watal zaid tu masa mula-mula..
sebab seorang suami yang penyayang..
boleh terima keadaan isterinya seadanya...
tapi yang tak bestnya bila dia menduakan isterinya...
dia ada perasaan dekat perempuan lain
kira macam curang la..tidak berterus-terang..
saya mmg cukup anti dengan lelaki seperti ini..
walaupun ada sebab yang munasabah untuk dia mencari perempuan lain..
tapi hati perempuan kena jaga juga..
masa tengok semalam mmg ter emosional sikit..hehehe
sedihh lorrr...watak wife pertama dia terlalu baik..
tapi ending cerita nie zaid excident..
dan meninggal dunia..
tanpa sempat berjumpa dengan wife pertama dia..
sebab wife pertama dia masih marahkan kesalahan zaid dan laila
yang berkahwin tanpa pengetahuan dia..
tapi dia sempat meminta maaf dekat wife pertama dia melalui voice mesej..
yang akhirnya menyebabkan dia excident..
nota: apa pendapat korang yang tengok drama nie??best tak??mehhh kongsi-kongsi..
11 pesanan ditinggalkan
lahhh dah habis ker???? tak mengikuti sgt tp paham jugak .. kalau x silap isteri dia tu dua² pun kawan baikkan...
ReplyDeletesampai hati suami dia tipu.. padehal kata blh terima isteri ertama tu seadanya...
tu la kan..xpatut betul
DeleteXpernah tgok pon citer nie . Tapi lepas baca sinopsis dia macam best jugak ehh . Rugi xtengok (:
ReplyDeleteRos pun ikut jugak cerita ni.. Tp, malam tadi tak sempat nak tengok.. huhu.. Masa Ros tengok drama ni, Ros memang geram kat asbend dia... huhuhu
ReplyDeletemasya: a'ah..dah habis malam nie citer baru pula
ReplyDeleteunscertostory: rugi xtgk..mmg terbaekk..
ros reeza: geram kan dekat hasben dia..
sy xpnh tgk lak cite ni.. tp bc sinopsis ni cam best...
ReplyDeletemmg best pun..hehe
Deletemcm best gak laa...
ReplyDeletetak pernah tgk pun
ReplyDeletextau plak ada citer sirrun ni ,.. hehe jarang betul tgk cite kat tv9.. dah habeh plak ye.. adehh
ReplyDeletekalau hai isnin selasa mmg slalu tgk drama dekat tv9..episod2..hehe
Deletetinggalkan komen anda di sini ^O^