BersYuKuRLAH
October 20, 2012SAYA BERSYUKUR:
Untuk Isteri,
Yang berkata, "malam ini lauk ikan goreng saja"
Kerana ini bermakna dia ada dirumah,
Bukan dengan lelaki lain.
Untuk Suami,
Yang sentiasa tersandar di sofa,
Hanya makan keropok sambil tonton tv,
Kerana ini bermakna dia ada dirumah,
Bukan ke kelab-kelab malam.
Untuk Remaja,
Yang merungut terpaksa membantu kerja dirumah,
Kerana ini bermakna dia ada dirumah,
Bukan berpeleseran di jalanan.
Untuk Cukai Yang Saya Bayar,
Kerana ini bermakna saya ada pekerjaan.
Untuk segala sampah yang perlu dibersihkan selepas kenduri,
Kerana ini bermakna saya dikelilingi dengan rakan-rakan.
Untuk bayang-bayang yang menemani saya bekerja,
Kerana ini bermakna saya masih mampu bekerja di luar.
Untuk laman rumah yang perlu ditebas,
Untuk tingkap yang perlu dibersihkan,
Untuk paip air yang perlu dibaiki,
Kerana ini bermakna saya masih mempunyai rumah.
Untuk segala kritikan dan rungutan kepada kerajaan yang saya dengar,
Kerana ini bermakna saya masih mempunyai kebebasan bersuara.
Untuk lot parking,
Yang paling hujung sekali,
Kerana ini bermakna saya masih mampu berjalan jauh,
Dan saya mempunyai kenderaan.
Untuk caj air-cond yang tinggi,
Kerana ini bermakna saya masih sejuk ketika musim panas.
Untuk baju yang agak ketat untuk dipakai,
Kerana ini bermakna saya masih cukup makan.
Untuk wanita yang menyanyi dibelakang saya,
Walaupun sumbang dan kurang enak,
Kerana ini bermakna saya masih boleh mendengar.
Untuk timbunan pakaian yang belum dicuci,
Kerana ini bermakna saya masih mempunyai pakaian untuk dipakai.
Untuk segala lenguh dan sakit otot,
Setelah berehat dipenghujung hari,
Kerana ini bermakna saya masih boleh bekerja kuat.
Untuk deringan alarm telefon di pagi hari,
Kerana ini bermakna saya masih lagi bernafas di hari baru.
nota: bersyukurlah kita.....!menghargai2 hari yang mendatang...(sumber: facebook)
1 pesanan ditinggalkan
yup. betul. Mieya suka post kali nie
ReplyDeletetinggalkan komen anda di sini ^O^