Logo KBBA

Bersunat

June 20, 2012

assalamualaikum...
selamat pagi semua...

nak kongsi coretan di pagi hari sedikit...
tentang BERSUNAT..
apa yang korang faham dan tahu ttg BERSUNAT..??
coretan ini tentu la ada kena
mengena dengan my baby boo...Kaisara Insyirah!
dua minggu lepas ada kesempatan untuk melaksanakannya..
melaksana apa??
bersunat my baby boo la..hihi..

akhirnya tanggal 10 mei 2012..
kaisara pun di sunatkan...
di usia 1tahun 3bulan
kenapa lewat sangat??
yang nie ssh nak jawab nie..
sebenarnya dah lama nak sunatkan dia..
orang kata lebih afdal disunatkan bayi perempuan semasa masih kecil..
kira dalam umur 6 bulan keatas tu ok la..
ada juga yang sunatkan bayi perempuan semasa ibu masih berpantang..
tetapi itula..saya & MyH asyik tangguhkan aje..
kerana beberapa masalah yang xdapat di elakkan..
sehingga lah ke hari ahad yang lalu..

kini selesai la satu bab mengenai kaisara...
menagis juga dia..
tapi kejap aje..
sakit sikit ja orang kata..

kami pilih klinik noriah di alor setar..
untuk sunatkan kaisara..
ssh juga nak cari klinik yang bagi service bersunat bayi perempuan nie..
Doktor perempuan pula tu..
harga pun murah aje cuma RM15...
Terima kasih Doktor..!

nota: sedikit pengetahuan dibawah untuk pembaca sekalian..kredit to ilmudanulamak....renung-renungkan...

Adakah bersunat diwajibkan ke atas anak perempuan?

jawapan:
Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.;


الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

“Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
Pertama; Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.
Kedua; Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak.
Ketiga; Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, ia digalakkan sahaja.
Wallahu a’lam.

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. oo gitu ye baby ppuan..hehe.. tak tahu..ingatkan ms kat hospital doktor dah buat dah ms dia lahir tu..hehe..sbb sy lom ada baby girl, itu yg tak tanya mak pun psl ni.hehe..

    ReplyDelete
  2. mmg doktor xbuat siap2..melainkan klu hospital tu mmg ada service mcm tu..mesti dia bgtau parents klu dah buat..:)

    ReplyDelete
  3. tag sini...
    http://mykidsplanet.blogspot.com/2012/06/new-design-for-hari-raya-eid-2012hurry.html

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^