10 sebab kita 'berblogger'..hihi
February 27, 2012salam..
Hari ini saya nak kongsi sikit info yang saya search dr blogger lain...10 sebab kenapa kita melibatkan diri dengan blog,??? sebab saya sendiri pun kadang2 terfikir juga kenapa saya nak bina blog ini..nak kata pandai sangat tu xpun..ilmu ttg blog2 nie mmg "ZERRO"..xbelaja dr mn2 pun, buat blog nie pun main hentam ja..cuma banyak rujuk dari google..dan hasilnya terbina lah blog nie..
jom tgk 10 kenapa sebab kita bina blog!
1. Emosi:
Hidup yang sibuk dan terlalu banyak tekanan dan pelbagai jenis masaaalah lain yang timbul.Blog adalah antara cara untuk meluahkan perasaan,meredakan tekanan dan terapi untuk emosi.
2. Ekonomi:
Dengan keadaan ekonomi yang amat berbagai(tak menentu) zaman penuh technologi sekarang ni, blog juga antara sumber pendapatan secara sambilan mahupun tetap.Pelbagai cara untuk menghasilkan pendapatan pada blog.Blog yang menghasilkan pendapatan sama seperti berniaga.Perlu berfikir sama seperti seorang ahli perniagaan.
3. Diari:
Kalau dulu di zaman sekolah pasti ada kisah diari terutamanya golongan perempuan.. Diari yang cukup popular dipanggil biodata diri, buku biodata atau apa-apa sahaja..blog ini diadaptasi dari tradisi lama itu di ruangan maya untuk tujuan yang sama.Ianya boleh dilihat oleh rakan- rakan lama ataupun baru secara terus- menerus.Dapat tambah kawan baru tu….
4. Benchmark:
Ataupun dikenali sebagai kayu pengukur.Tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini.Adakah kita masih seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik.Blog boleh menjadi kayu pengukur untuk kita imbas semua yang telah kita rintangi dan mungkin bakal kita rancangkan satu hari lain nanti.
5. Portfolio:
Sebahagian blogger akan menghantar pos berkaitan dengan tugasan dan kerja yang rutin di lakukan atau tentang hobi serta minat salam sesuatu bidang.sebagai contoh:Seorang pereka menghantar post tentang artworknya yang terkini, manalah tahu tiba satu hari kelak sebuah syarikat memerlukan pekerja dengan kadar segera dan diiklankan dilaman web dan suratkhabar.Tugas utama pereka tadi adalah untuk mendapatkan kerja itu.Jadi beliau perlu menghantar maklumat peribadi beserta salinan kerja pada syarikat terbabit.Sebaiknya hantarlah sekali dengan pautan blog yang mengandungi portfolio tu tadi dan siapa tahu syarikat tu amat berminat…. nasib la ye!
6. Kenalan:
Kenalan lama masa zaman sekolah dulu yang lama dah menghilang (lost contact). Buat posting dalam blog tentang imbasan zaman persekolahan atau apa zaman sekalipun siapa tahu akan ada yang datang kenalan lama dan terserempak dilaman blog yang kita bina.Insyaallah.
7. Komunikasi:
Percaya atau tidak dengan memblog dapat menambahkan keyakinan diri dalam kemahiran komunikasi,ialah blog sekarang ni bermacam – macam kisah dan postingnya.Terutamanya tentang politik,isu semasa dan macam – macam lagi. Pasti ada yang kurang setuju atau tidak setuju lansung, dengan hujah tadi dengan menjawab kembali apa yang mereka tidak setuju dapat menguatkan keyakinan diri.Tapi haruslah bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat sendiri.Ya! disitu sudah ada kemahiran komunikasi yang baik dan keyakinan diri yang tinggi.
8. Minat:
Minat dan bakat boleh diadaptasikan dalam blog. Apa sahaja yang kita minat postkanlah didalam blog kita biarkan sesiapa sahaja yang membaca. Jangan biarkan bakat tu terbiar macam tu sahaja. Puaskan hati sendiri. Aku sendiripun akan membina beberapa laman blog dengan apa yang aku minat sejak dulu lagi.Cuma kesempatan dan masa sahaja belum mengizinkannya.
9. Menjual diri:
hahahah!! Isu sensatif ni…. jangan salah faham ok… bukan jual maruah tau! maksudnya kat sini mewar-warkan pada dunia tentang siapakah kita dan apa kepakaran yang kita ada? Apakah kemampuan kita?Jual kemampuan kita tu supaya wujudnya peluang,samada pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio kita. Ataupun peluang mendapat pekerjaan sampingan boleh juga tambah sikit lagi pendapatan dan ekonomi diri, Juga boleh mewujudkan peluang perniagaan.Peh banyak lagi tu kalau nak disebut.
10. Ilmu:
Eh! kenapa ilmu last pulak ni? Ialah ilmu memang perlu pada awal sekali untuk memulakan memblog.Tapi kat sini aku nak kategorikan dalam lain kisah pulak…. sebagai contoh kita ni seorang doktor, peguam, novelis ataupun apa sahaja jawatan. Sebagai seorang blogger, ilmu-ilmu tadi tu dipostkan diruangan blognya. Dan ramai orang yang mengunjugi blog kita akan membacanya. .. wah! Berapa banyak orang yang dapat ilmu dengan membacanya. Bukankan menyamaikan ilmu itu satu amal jariah yang baik? Haa… tunggu apa lagi jom kita buat blog.
so, korang rasa 1 hingga 10 nie ada x sebab yang korang bina blog?? pada saya 6 sebab di atas tu mmg boleh jadikan alasan kenapa saya bina blog..
p/s: 10 sebab ini saya copy and edit dari salah satu blog yang xdapat saya nyatakan..coz dh terdelete..sorry..!
2 pesanan ditinggalkan
kalau Qaseh Suci sebab berblog untuk carik duit lebih bisnes online tp sampai skang srg customer pun x dpt lagi...he3
ReplyDeletexpe akak..kna wait n' see
ReplyDeletenanti dh ramai follower mesti bisness mantop..hihi
org zaman sekarang nie semua shopping di ujung jari jer..
tinggalkan komen anda di sini ^O^